Huawei Y7 Prime (2017)
Bersempena pada Perjumpaan yang Pertama Pengguna Yoodo 2018 yang diadakan pada 8hb Disember yang sudah, beberapa nama pengguna Superuser Yoodo telah diumumkan. Antara superuser yang dapat hadir hanya 3 orang sahaja, saya walau bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Selepas program tersebut, saya telah dimaklumkan bahawa saya antara 4 orang superuser yang menerima hadiah penghargaan seunit telefon bimbit jenis Huawei Y7 Prime versi 2017 dan seorang yang lain telah menerima Huawei P20. Antara barangan lain yang diterima sehelai Tshirt edisi terhad Superuser, material 100% kapas, timbunan sticker Yoodo dari kecil hinggalah yang besar dan juga 10 keping simkad kosong untuk diedarkan secara percuma untuk mereka yang berminat sekiranya tinggal berhampiran.
Sekarang meh kita bercakap pasal telefon bimbit yang saya terima tersebut, brief review sikit. Sebelum ini saya menggunakan Honor 5C, saved me ratusan ringgit kalau nak beli set yang baru. Thank you Yoodo.
Model Y7 ni berskrin 5.5" berbanding dengan 5.2" untuk model yang saya guna sebelum ini. Tapi ada pro dan kontra berbanding dengan kedua model ini, yang ketara :-
- Y7 5.5" vs 5C 5.2"
- Y7 267 ppi vs 5C 424 ppi
- Y7 3GB RAM vs 5C 2GB RAM
- YZ 32GB memory vs 5C 16GB memory
- Y7 4000mah batteri vs 5C 3000mah batteri
- Y7 12mp main camera vs 5C 13mp main camera
- Y7 Nougat vs 5C Marshmallow
Perbandingan keseluruhan boleh dilihat disini https://technave.com/index.php?app=gadget&act=compare&phone1=7047&phone2=10417
Barangan yang telah diterima
Dari segi kualiti skrin dan kamera, saya pendapat penghasilan dari 5C adalah lebih terang dan cantik. Ini mungkin dari sebab 12mp vs 13mp dan juga skrin 267ppi vs 424ppi. Yang lain Y7 mendahului terutamanya memori dalaman, RAM, jumlah batteri yg besar serta menyokong fungsi OTG. Perlu diingatkan bahawa kaca skrin Y7 adalah 2.5D, curve disekeliling maka tempered glass yang sesuai amat sukar dicari.
Bagaimana untuk mendapat telefon bimbit secara percuma dari Yoodo? ini adalah soalan yang tak boleh dijawab secara langsung. Rakan-rakan sepengguna Yoodo yang lain mungkin boleh mendapatkannya dari pilhan bertuah, tapi saya dapat hasil dari luahan perasaan samada berpuas hati atau kritikan yang positif, membantu rakan-rakan seberapa boleh pada yang lain sekiranya mereka menemui beberapa masalah teknikal yang mudah, berkongsi pendapat dari dalam komuniti ini. Sentiasa menyarankan untuk berhubung dengan live chat sekiranya mempunyai masalah teknikal.
Yang lain mungkin boleh memenangi Vivo V11, ada beberapa unit untuk dimenangi untuk Disember 2018 ini, hanya perlu berbelanja minima RM50 sebelum 31hb ini. Terma dan syarat sila lihat dalam email masing-masing ya.
Oh ya, kepada sesiapa yang ingin mengambil simkad Yoodo, malas nak tunggu posmen atau penghantaran lewat, dan anda tinggal berdekatan dengan saya, bolehlah whatsapp/telegram 011-56365365 untuk serahan.
Semoga berjaya.
-
Betul Wong, saya lihat ramai juga yang bersungut malah yang marah-marah kerana tak dapat sim kad. Kalau boleh sesiapa yang berminat dan tinggal berdekatan dengan saya bolehlah self pick up terus dari saya. Lupa nak add pada post atas, saya tinggal berdekatan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka.
-
Dengan saya masih ada banyak sim, jika anda berada di kawasan Kuala Terengganu boleh hubungi saya di http://yoodosim.wasap.my
-
Tahniah diucapkan kepada MOHD YAZID BIN MOHD IDRUS dan 3 org SUPERUSER bertuah yang lain !!
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.
Komen
14 komen