iPhone Keep On Crashing... READ THIS πŸ‘πŸ»

Komen

43 komen

  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Sorry nasib baik belum ada response. Saya sambung tadi kena tolong ada thread lain perlukan bantuan teknikal. Kitorang kat community ni memang suka tolong orang.
    Saya sambung cerita saya. So kalau dah tak boleh nak pakai phone tu dan tak boleh nak masuk ke setting apa perlu buat... Muka owner masa tu dah cuak. Saya cakap, kat screen ada blink blink... dia tulisΒ 
    BELI BARU BELI BARU
    Mungkin itu solusinya πŸ‘πŸ»

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager
    cissssss... tipah tertipuuuuuuu
    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Baik beli...πŸ˜„

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Biasanya masalah ic?motherboard?nak tau gak sbb xpernah guna ipong

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Owner nak bagi duit... saya kata saya gurau je... walaupun saya tak ketawa. Saya kata, sabar... saya kena tekan tekan phone ni.
    So steps dia bila phone dah on
    1. Cucuk lightning cable kat iPhone dan hujung satu lagi kat Mac (Sorry saya tak pakai Windows. Windows banyak virus. Bila banyak Virus, saya tak boleh layan video)
    2. Pastikan phone dah on. Lepas tu three... eh takde la... Lepas tu
    tekan butang volume atas > tekan butang volume bawah > tekan power button (Jangan lepaskan)
    3. Masa tekan butang power (jangan lepaskan) phone akan restart dan akan keluar logo Apple. Jangan lepaskan lagi sehingga keluar simbol ini

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    So apa gambar kat atas tu?
    Itu maksudnya iPhone anda dalam DFU mode. Dalam DFU mode ni kita boleh buat recovery, update dan juga restore ke factory reset (Macam beli baru la, walaupun body semua dah barai).
    Kalau Android tak perlu komputer. Tekan tekan butang boleh masuk mode recovery. Tapi iPhone perlukan komputer. Sebab orang guna Apple ni kaya raya. So setakat beli komputer mungkin celah gigi je.

    Ok, dah masuk DFU mode... eh jap jap.... apa itu DFU.. maksudnya Dfuuuu... eh bukan
    Maksudnya Device Firmware Update
    Dalam mode ni macam saya cakap boleh restore phone.
    So process ni ambil masa dalam 5-15 minit bergantung pada keadaan. Kalau ownner jenis tak pernah update ambik masa sebab komputer akan download update terbaru.

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Dalam process recovery ni ada masa phone tak responsive. Komputer pun bila kita dah select option yang ada, kita lihat macam tiada apa apa kesan. Jangan panik... layan Netflix atau lebih baik video UAI. Dia tengah proses recovery tu. Dan bila dah siap phone anda macam phone baru.
    Sebaik baiknya dalam kes macam ni saya nasihatkan jangan reinstall backup. Start fresh guys start fresh.
    Macam ko masa kena dump dulu. Start fresh.... Jangan kutip sisa sisa lama

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Ilmu baru ni..thanks dee..lepas ni kalau ifon buat hal kita kena beli komputerπŸ‘

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Lepas tu redownload mana mana apps yang perlu. Dan pastikan login ID, password semua anda ingat. Kalau tak ingat arwah atauk saya dulu selalu bagi makan minyak ikan. Katanya bagus untuk daya ingatan, dan saya percaya sebab darjah 6 saya berjaya hafal sampai sifir 5.

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Dee..kalau hantar kedai repair agak2 berapa kos?

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Kedai kalau service upah dalam RM30-RM50. Ni tak kira parts dan cas untuk restore.

    Tapi ada juga kedai tak kira apa apa. Kecuali untuk restore. Itu mungkin minima RM50

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Ohh..kena standby dlm 100 jgk la

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MOHD FAIZ BIN MOHDKASIM

    tq master

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Sama sama guys

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    WANDY BIN YUSRAN

    Boleh tahan..πŸ‘.. dulu Saya pun bnyk repair pasal fone . Cuma android ja la.. kalau iphone mmg X tau la.. cuma skrng ja dah pencen.. jrg Nak buatπŸ˜† ..Ada member suruh pun suggest hntar kedai.. mungkin faktor kerja.. penat.. Nak rest.. MLAs Nak fikir2 dah

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Betul wandy. Kalau buat suka suka memang buat penat badan je. Tapi kalau saya kekadang saya ambik juga. Hanya saya akan beritahu owner. Bagi saya masa, kalau urgent saya takut takde masa nak commit

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MUHAMMAD FARIS BIN YAHYA

    terima kasih atas perkongsiannya dee~

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Sama sama faris. InsyaAllah saya cuba share lagi tips tips menarik πŸ‘πŸ»

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • SUZAIDEE BIN MOHD SHOM nak tanya kalau id block boleh buat tak

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    WONG MENG JIAN
    Maksud kena tukar iPhone baru dah 🀣🀣
    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Azrul, ID lock memang tak boleh buat apa. Sebab device registered bawah nama owner lain. Owner tu kena delete device tersebut dari device list beliau via iCloud

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    NG CHONG GHEE
    iphonebaru dah naksampai..
    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    IQBAL

    HAHAHAHAHAHA best la Thread ni πŸ‘ owner post. Buat Ted Talk Topic lain pulak pls πŸ˜†

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    IQBAL

    Yooo.. thread ni ada sense of humor πŸ˜†πŸ‘Β Β 

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MUHAMMAD FARIS BIN YAHYA

    faceID rosak boleh repair ke?

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Boleh faris. Try reset semua system. Tapi bagi saya rest ni last option. Kalau boleh delete face ID yang sebelum ni dan cuba install face ID yang baru. Kalau tak boleh juga, mungkin problem pada hardware

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MOHD FAIZ BIN MOHDKASIM

    mst face anda lebih kacak sebelom ne MUHAMMAD FARIS BIN YAHYA

    1
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Ok thanks Dee..sebab ade member ni id lock.hantar kedai banyak songeh sebab dia ingat fon curi.tapi dia buat jugak kena tunggu dalam sejam untuk reset.dia amik upah rm60

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • mantap dee , thanks for info , xpayah hantar kedai , kita bt service upah lpas ni , huhu

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM

    Ok je Amirul... Kalau phone customer barai, bari kita suruh dia beli baru πŸ˜†

    0
    Tindakan komen Pautan abadi

Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.