Borak Borak EPL 2023/2024
Perlawanan pembuka tirai dah bermula. Nampaknya Man City terlepas peluang mendapatkan Piala pertama mereka. Adakah musim ini Arsenal akan bangkit?
-
| Informasi Liga Perdana |
Antara peraturan baharu Liga Perdana diperkenalkan untuk musim baharu 2023/24 termasuk peraturan ofsaid dan tambahan masa perlawanan.
1. Peraturan Ofsaid
Salah satu perubahan paling ketara musim ini ialah penjelasan peraturan ofsaid. Undang-undang permainan yang dikemas kini menyatakan bahawa "pemain yang jelas ofsaid tidak seharusnya menjadi ‘onside’ pada setiap keadaan apabila lawan bergerak dan menyentuh bola."2. Tindakan Penjaga Gol
Penjaga gol tidak lagi boleh terlibat dalam permainan minda semasa penentuan sepakan penalti. Peraturan baru menyatakan bahawa mereka "tidak boleh berkelakuan dengan cara yang tidak adil mengalihkan perhatian penyepak kerana ianya digambarkan sebagai gagal menunjukkan rasa hormat kepada permainan dan lawan." Ini termasuk tindakan seperti melambatkan pengambilan sepakan atau menyentuh tiang gol, palang atau jaring.Walau bagaimanapun, tafsiran peraturan ini mungkin berbeza dari setiap pengadil. Sekiranya ianya dipakai di Piala Dunia lalu, penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez, yang terkenal dengan telatahnya memprovokasi pihak lawan berpotensi menjadi orang pertama yang melanggar peraturan baharu.
3. Tambahan Masa
Dalam usaha untuk menghapuskan pembaziran masa, pengadil kini akan menambah masa tambahan untuk menebus masa ketika sambutan jaringan yang menyebabkan kelewatan dalam permainan. Ianya telah terjadi semasa aksi Perisai Komuniti Ahad lalu dimana masa tambahan asal 8 minit telah dipanjangkan sehingga The Gunners menjaringkan gol pada tambahan masa ke-11. Walaupun terdapat beberapa budi bicara yang terlibat, perubahan ini bertujuan untuk menghalang pasukan daripada mengambil masa terlalu lama untuk berhenti meraikan gol. Masa tambahan akan ditambah pada penghujung separuh masa.4. Pertikaian Keputusan Pegawai Perlawanan
Berbeza dengan peraturan di atas, kelonggaran mengenai perbezaan pendapat akan dikurangkan bermakna pemain mungkin lebih cenderung untuk dilayangkan kad apabila permainan dihentikan.Mana-mana pemain yang berlari dari jauh untuk menyerang pegawai (untuk mempertikaikan keputusan) bakal akan dilayangkan kad kuning. Ini juga terpakai pada bila-bila masa lebih daripada seorang pemain mendekati pengadil, dengan sekurang-kurangnya seorang tetapi mungkin lebih ramai akan diberi amaran.
5. Kawasan teknikal
Simon Jordan mendakwa musim lalu bahawa FA perlu lebih keras menjatuhkan hukuman ke atas Jurgen Klopp kerana konfrontasi terhadap pengadil.Peraturan baharu menggariskan jika pengurus atau mana-mana pegawai kelab dibuang padang musim depan maka mereka tidak akan dibenarkan menonton perlawanan dari tempat duduk penonton.
Terdapat juga isu layangan kad kuning akan diberikan secara automatik jika terdapat lebih daripada seorang jurulatih dalam kawasan teknikal (kawasan petak yang dihadkan) dengan hukuman yang lebih keras jika pengurus atau staf kejurulatihan gagal mematuhi peraturan asal.
-
Perghhhh ni kalau betul, ada chance juga la Harry Kane menang liga 😆
https://www.espn.com/soccer/story/_/id/38170906/tottenham-harry-kane-agrees-bayern-munich-move-sources -
Perlawanan pembukaan liga. Mengharapkan Forest boleh beri saingan. Tapi first half main bertahan je. 2nd half baru nak cuba buat comeback. Tapi apakan daya, Arsenal mampu bertahan dengan kemenagan 2-1. Ada percubaan untuk rayuan penalti. Tapi team kecik ni bila lawan team besar macam malas pulak ref nak pergi check VAR 🤦🏻♂️
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.
Komen
117 komen