Nothing Phone (2) Yang Lebih Premium Bakal Hadir Tahun 2023 Ini
Lebih sebulan selepas mengatakan tiada perancangan untuk Nothing Phone (2) sebelum ini, kini Carl Pei melalui sebuah temuramah khusus bersama Inverse memberikan beberapa info awal berkenaan Nothing Phone (2) bakal hadir pada tahun ini.
Tanpa berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancarannya, Carl Pei menyatakan mereka akan memfokuskan pasaran Amerika Syarikat dengan telefon pintar ini, disamping mana telefon Nothing Phone (2) ini akan lebih premium.
Carl Pei mengatakan sebelum ini beliau menyatakan tidak akan melancarkan dalam masa terdekat – kerana tidak menyukai industri telefon pintar yang mengeluarkan peranti setiap bulan, dan tidak menawarkan sokongan baik untuknya. Nothing berhasrat dapat mengubah perkara ini.
Nothing Phone (2) juga dijangka akan diberikan lebih perhatian pada sokongan perisian padanya – menjadikan ia lebih eksklusif lagi berbanding peranti Android lain.
Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan Nothing Phone (2) yang mungkin hadir pada pertengahan kedua 2023 ini kelak.
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.
Komen
3 komen