Borak Borak World Cup 2022

Komen

260 komen

  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Perlawanan pembukaan World Cup 2022 telah berlangsung dengan tuan rumah, Qatar menentang Equador. Nampaknya Qatar menjadi tuan rumah pertama tewas dalam perlawanan pembukaan. Permainan dari mula memang nampak berat sebelah. Equador membuka jaringan seawal minit ke 3 tetapi ia dibatalkan oleh VAR yang mendapati terdapat pemain yang offside dalam menghasilkan gol itu. Laman media sosial terus dibanjiri komen komen yang mempertikaikan keputusan VAR. Walau bagaimanapun, Equador bangkit dan memastikan kemenangan 2-0 dengan Enner Valencia menjaringkan dua gol.

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    Siapa plan nak tgk game ni? Sila angkat tangan 🙋‍♀️ 

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    Kan.. sayang gol pertama tu.. cantik woooo.. tapi kena detect offside pula.. 

    Cuma pandangan saya sendiri, defensif Qatar nampak renggang seperti terpinga pinga ditempat sendiri, mudah Equador bolos.. tapi yalah masih perlawanan pertama dan banyak lagi perlawanan. 

    Malam ni punya match England v Iran mesti tengo 🤗

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    Sekadar berkongsi.. percuma tapi hanya beberapa siaran langsung dan tertunda.. artikel: 1https://wiser.my/cara-tonton-piala-dunia-fifa-qatar-2022-secara-percuma-di-telefon 

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Thanks for the link Aslam 👍🏻. Saya semalam nak cuba cast ke TV tapi Astro ni pandai la, dia boleh block pulak. Try pakai Sooka, sama juga. World Cup ni tengok kat computer atau phone je la 😆. 

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Azie ni, mesti sokong Iran  😆

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Nampaknya perlawanan pertama pasukan England tidaklah begitu mencabar. Iran yang dipimpin oleh bekas jurulatih MU dan Real Madrid gagal menyekat barisan serangan England. Seawal permainan Iran terpaksa menggantikan penjaga gol mereka yang mengalami kecederaan akibat berlaga dengan rakan sepasukan.

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    It was an easy game for England. Tau tau dh gol

     

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    Syok tengo match semalam...

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Astro x bg cast to TV... rugi la dia. hahhahaha. Astro pandai buat duit

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Ini bagi say setakat ini adalah permainan paling best dalam World Cup. Kedua dua pasukan nampaknya cuba mendapatkan kemenangan dengan beberapa serangan menarik. Tetapi akhirnya 10 minit terakhir permainan, Senegal terpaksa akur dengan kehebatan Netherlands.

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Perlawanan kumpulan B juga telah bermula dengan Gareth Bale menyelamatkan pasukan Wales dari kekalahan dengan sepakan penalti. Power juga USA ni sebenarnya. Dah beberapa edisi World Cup diorang layak. Tapi team perempuan diorang lagi power 😆

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM perrghh... kalau one day Team perempuan boleh main sama level kat world cup besttttttt

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Susah juga Azie. Masa tu yang dah pencen pulak, sibuk nak main bola 😆

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    😂😂😂 Beckham ok jeee... dh pencen pun still active

     

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    Ape kes Argentina smlm?

     

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    Ada baca artikel.. Scolani dikritik kerana tidak turunkan Martinez 

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MUHAMMAD RASHID BIN MAHMUD

    hidup Netherlands


    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Nampaknya kerajaan Arab Saudi betul betul meraikan kemenangan mereka 

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Nampakna keputusan dari kumpulan C semalam masih memberi peluang kepada Argentina. Mereka perlu menang kedua dua perlawanan seterusnya.

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Untuk kumpulan D, France bermula kempen mereka dengan pernuh bergaya

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Woohooo ... what a match. Jepun ketinggalan pada separuh masa pertama. Tetapi berjaya bangkit untuk menewaskan German... Nihonnnnn 🇯🇵

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    WANDY BIN YUSRAN Superuser

    Mcm mimpi German awl2 klh

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    MUHAMMAD RASHID BIN MAHMUD

    Germany daripada edisi 2018 lagi perlawanan pertama kalah

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    2nd match.. German lawan Spain.. mesti sengit, best ni

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Dah dua edisi piala dunia berturut turut german kalah dengan pasukan Asia. 2018 kalah dengan South Korea

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    Azie Community Manager

    Asia Tsunami.lol

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    Nampaknya perlawanan kumpulan semalam mencatatkan beberapa keputusan mengejut. Geman yang antara pasukan mempunyai sejarah hebat di Piala Dunia tewas dengan pasukan Jepun. Permainan Jepun begitu bersemangat sekali seperti Arab Saudi tempoh hari. Macam main final 😆👍🏻. 

    Spain tidak mempunyai masalah untuk medapatkan kemenangan paling besar dalam dalam Piala Dunia kali ini dengan menundukkan pasukan Costa Rica. Kemengan 7-0 mungkin boleh menjadi faktor besar jika perbezaan jaringan akan diambil kira nanti.

    Manakala Canada menunjukkan bahawa mereka tidak perlu dipandang rendah. Belgium hanya mampu mencatat kemenangan tipis 1-0. Tetapi menang tetap menang. Yang penting 3 mata.

    Dan satu lagi kejutan, finalist 2018 Croatia gagal mendapatkan kemenangan keatas Morocco. Nampaknya, adakah faktor cuaca membuatkan beberapa pasukan eropah sedikit kurang menyengat?

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    SUZAIDEE BIN MOHD SHOM Superuser

    berikut adalah keputusan dari perlawanan kumpulan yang berlangsung semalam

    0
    Tindakan komen Pautan abadi
  • Avatar
    DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI Superuser

    Match petang dan malam ni lagi.. tasabarrr 🤗

    0
    Tindakan komen Pautan abadi

Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.