Terdapat dua pas yang ditawarkan iaitu Pas Prihatin 20GB dan Pas Prihatin 2GB.
Pengguna perlu menjadi pengguna aktif Yoodo untuk menikmati tawaran ini. Pengguna yang layak boleh membeli Pas Prihatin 20GB pada harga subsidi iaitu RM5 berbanding harga biasa iaitu RM35. Pas Prihatin 20GB hanya boleh dibeli sekali dalam satu bulan dan sah untuk 30 hari.
Hanya pengguna yang telah membeli Pas Prihatin 20GB dapat menebus Pas Prihatiin 2GB secara percuma. Pas Prihatin 2GB percuma ini boleh ditebus satu kali dalam tempoh 24 jam dan sah untuk 60 minit. Contohnya, jika anda menebusnya pada 5 Mei, jam 8 pagi, ia akan luput pada hari yang sama, jam 9 pagi. Anda hanya boleh menebusnya semula pada 6 Mei, jam 8 pagi.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.