Untuk pengguna Yoodo sedia ada yang menetapkan pembaharuan pelan automatik, anda tidak perlu melakukan apa-apa! Data Asas pelan anda akan digandakan apabila pelan anda diperbaharui secara automatik. Contohnya, jika anda menggunakan pelan data 5GB, apabila pelan anda diperbaharui secara automatik selepas 1 Disember 2020, anda akan menerima 10GB secara automatik dan bukannya 5GB seperti biasa, pada harga asal untuk 5GB tersebut.
Untuk pengguna Yoodo sedia ada yang tidak menetapkan pembaharuan pelan automatik, anda hanya perlu memperbaharui pelan anda dan anda akan menikmati dua kali ganda Data Asas berbanding semasa pelan sebelumnya, dengan syarat bahawa Data Asas adalah 5GB ke atas.
Sekiranya anda belum menjadi pengguna Yoodo, anda hanya perlu memesan SIM Yoodo dan melanggan untuk menikmati promosi ini.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.