Tidak, Seorang pengguna hanya dapat menebus Data 1GB percuma sekali setiap 24 jam. Jika anda sudah menebus Data 1GB percuma anda dan memperbaharui pelan anda dalam 24 jam, Data 1GB percuma anda akan luput tetapi anda tidak akan dapat menebus Data 1GB percuma sekali lagi sehingga 24 jam sudah berlalu dari penebusan sebelumnya.
Sebagai contoh, jika anda menebus Data 1GB percuma pada pukul 9 pagi, 15 Mei dan memperbaharui pelan anda pada pukul 3 petang pada hari yang sama, Data 1GB percuma anda akan luput pada pukul 3 petang semasa pembaharuan tetapi hanya dapat menebus Data 1GB percuma yang seterusnya pada pukul 9 pagi, 16 Mei.
Komen
8 komen
Boleh kah tolong saya, saya tidak tahu sim saya sudah register atau belum, saya memang tak pandai tentang ini, adakah sesiapa boleh bantu saya,
Hi Guest... Boleh saya tahu, cik sudah order sim atau belum ?
Sudah
Tapi saya tak dapat aktifkan, Please help me, Whatshapp my number
Cik MOHD NABIL BIN MOHD FAUZI
Nak tanya, buat untuk nombor baru ke kekalkan nombor lama ?
Nomber baru, tapi tuan tolong lah dapatkan nomber lama saya atau apa2, saya tak pandai,tolong saya
Kekal kan nomber
Sila ikut panduan pengaktifan ini cik Nabil.
Sebelum anda memasukkan kad SIM ke dalam telefon anda, pastikan anda telah mengaktifkan kad SIM anda terlebih dahulu. Ini cara-cara yang anda harus lakukan:
Langkah 1: Pastikan telefon anda telah disambungkan ke internet/hotspot Wi-Fi untuk mengakses aplikasi Yoodo
Langkah 2: Log masuk ke aplikasi Yoodo
Langkah 3: Pilih "Aktifkan SIM saya"
Langkah 4: Ikut arahan untuk mengaktifkan SIM anda.
Langkah 5: Terima makluman pengaktifan SIM telah berjaya dilakukan.
Langkah 6: Masukkan SIM ke dalam telefon anda. Anda sudah boleh bermula!
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.