Semua panggilan ke talian Kementerian Kesihatan dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) adalah percuma. Untuk membuat panggilan percuma ke Kementerian Kesihatan serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), anda perlu mempunyai pelan aktif dan pas Roam Like Home (jika anda berada di luar negara). Pengguna tanpa pelan aktif tidak akan dapat membuat sebarang panggilan.
Dari 30 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021, kami telah memberi 1GB Data percuma setiap hari kepada semua pengguna aktif Yoodo semasa PKP dan PKPB untuk membantu kesemua rakyat Malaysia untuk kekal berhubung dan terus selamat. Kami juga telah membolehkan penggunaan aplikasi MyTrace, MySejahtera dan Gerak Malaysia tanpa menggunakan kuota data anda dari 19 Jun 2020 sehingga 3 Mac 2022.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.