Terdapat beberapa sebab yang mungkin merupakan puncanya:
- VoWiFi memerlukan kekuatan pancaran Wi-Fi yang mencukupi (dengan bandwidth minimum 25 kbps) sebelum memulakan hubungan ke Panggilan WiFi secara automatik. Anda boleh beralih ke kawasan yang mempunyai pancaran yang lebih kuat.
- Jika rangkaian WiFi mempunyai portal pemula (contoh: Starbucks yang perlu dilog masuk), anda mungkin perlu melancarkan pelayar dan log masuk ke rangkaian menggunakan kata nama/kata laluan.
- Bagi rangkaian WiFi awam, penyedia mungkin mempunyai polisi untuk menghalang perkhidmatan panggilan WiFi.
- Bagi rangkaian WiFi persendirian (contoh: WiFi pejabat), tempat tersebut mungkin mempunyai polisi untuk menghalang perkhidmatan panggilan WiFi.
- Peranti anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk perkhidmatan VoWiFi Yoodo.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.