Anda boleh menggunakan kredit RM20 pada wallet anda untuk memperbaharui pelan seterusnya, atau membeli booster, IDD, Perantauan dan lain-lain add-on. Wallet anda merupakan salah satu lagi kaedah pembayaran, jadi jika pembelian anda melebihi amaun baki dalam wallet anda, kad debit/kredit anda akan dicaj sebagai ganti.
Contoh seperti di bawah:
Jika anda mempunyai baki RM20 dalam wallet anda, anda boleh membeli add-on, pelan atau lain-lain item yang bernilai RM20 atau ke bawah. Jika anda mahu membeli pelan yang bernilai lebih dari RM20, kad anda akan dicaj sebagai ganti. Maaf, tetapi anda tidak boleh membuat pembayaran gabungan baki wallet dan kad anda kerana kami masih belum membenarkan pembayaran berbahagi buat masa ini. Secara lazimnya, baki kad anda akan digunakan terlebih dahulu.
Komen
1 komen
Terbaikk
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.