Kami menawarkan dua jenis pilihan pemulangan wang untuk anda pilih:
- Melalui Yoodo Credits
- Melalui kad debit/kredit
Pemulangan wang melalui Yoodo Credits akan mengambil masa selama 1 hari bekerja untuk diproses. Apabila anda sudah menerima e-mel daripada kami, sila periksa akaun anda untuk melihat amaun baru yang dipaparkan dalam dompet anda.
Pemulangan wang melalui kad debit/kredit akan mengambil masa di antara 5 ke 15 hari bekerja, bergantung kepada waktu pemprosesan oleh pihak bank anda. Apabila anda sudah menerima e-mel daripada kami, sila periksa akaun anda untuk melihat amaun yang telah dikreditkan ke penyata akaun anda.
Jika anda masih belum menerima pulangan wang setelah melebihi tempoh dua bulan, sila hubungi bank anda secara langsung untuk bantuan lanjut.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.