Anda boleh memeriksa telefon anda dari masa ke semasa untuk melihat ikon 5G bagi memastikan anda berada di dalam kawasan liputan 5G. Anda juga boleh menyemak laman Celcom Network Checker untuk memastikan samada kawasan anda telah dimasukkan ke senarai liputan 5G kerana DNB melakukan naik taraf secara berperingkat. Namun begitu, sila ambil maklum bahawa walaupun sesebuah kawasan pada peta ditanda sebagai mempunyai liputan 5G, ia tidak menjamin perkhidmatan tersebut disediakan secara tetap.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.