Sebelum anda mula, pastikan jawapan anda untuk soalan-soalan ini adalah “ya”:
- Adakah akaun bimbit anda masih aktif?
- Adakah anda masih terikat dengan apa-apa kontrak?
- Sudahkah anda langsaikan tunggakan anda dengan pembekal talian anda?
- Jika anda ada talian-talian tambahan selain talian utama anda, adakah anda perlu pindahkan talian-talian tersebut berasingan?
Sekarang, kita boleh teruskan:
Langkah 1: Sewaktu pendaftaran, jangan pilih nombor baru anda. Sebaliknya, masukkan nombor yang ingin anda pindahkan. Sekarang, tunggu SIM anda tiba.
Langkah 2: Pungut SIM anda di alamat kiriman dan aktifkan ia melalui aplikasi Yoodo.
Langkah 3: Setelah SIM anda diaktifkan, kami akan mulakan proses pemindahan talian. Anda boleh jejaki pemindahan melalui Pemuka anda di aplikasi Yoodo.
Langkah 4: Anda akan menerima SMS dan pengesahan email apabila nombor anda telah berjaya dipindahkan. Jangan risau - tak akan ada gangguan pada talian anda.
Langkah 5: Sekarang masukkan SIM ke dalam fon pintar anda, dan anda sudah boleh gunakan talian Yoodo anda!
Komen
11 komen
bolehkan saya menggunakan ic yang sama untuk dapatkan nombor kedua yoodo saya.. maknanya 2 talian yoodo tetapi menggunakan no ic yang sama
Selamat pagi C E WAHAB BIN CHE MANB.
Ya boleh, 1 ic boleh mengaktifkan sehingga maksimum 5 talian. Jadi cik boleh aktifkan bila-bila masa talian kedua tersebut samada nombor baru atau kekalkan nombor lama pun boleh. :)
Jika ada apa-apa soalan atau cadangan boleh ajukan dikomuniti atau boleh terus berhubung dengan pihak khidmat pelanggan Yoodo melalui Live Chat.
Cara untuk menggunakan Live Chat:
Saya nak port in semula.. Sbb td lambat balas msj dari maxis..
Assalamualaikum NORHASNIZAH BINTIHADININ
Macam mana sekarang, dah boleh port in semula?
01139801677
01139801677
Kenapa masih nak port in ye?
Saya nak port in semula.. Sbb lambat balas msj dari digi ..
Hi LAU SHY JIUN
Segera hubungi staff khidmat pelanggan Yoodo melalui Live Chat untuk proses semula port in anda ya.
Cara hubungi Live Chat> cari butang Live Chat dibawah laman sekali> tekan dan mula perbualan dengan khidmat pelanggan Yoodo.
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.