Sebelum anda bertukar ke Yoodo, pastikan anda telah melengkapkan perkara-perkara berikut:
Langsaikan semua tunggakan dengan pembekal talian anda.
Pindah keluar semua talian-talian tambahan pada talian utama anda.
Habiskan semua kredit dari pembekal talian anda.
Seterusnya:
Langkah 1: Pilih "Simpan nombor saya" di aplikasi/laman web Yoodo sewaktu mendaftar masuk.
Langkah 2: Pesan SIM anda dan tunggu kirimannya.
Langkah 3: Setelah anda menerima kiriman SIM anda, jangan masukkannya ke dalam telefon anda lagi. Aktifkan dahulu melalui aplikasi Yoodo.
Langkah 4: Tunggu 1-3 hari untuk makluman dari kami yang nombor anda telah dipindahkan ke Yoodo.
Langkah 5: Masukkan SIM anda ke dalam telefon. Anda dah boleh mula!!!
Komen
13 komen
Saya kekalkan no lama... Tapi sim saya masih tidak aktif... Mohon bantuan
Tak boleh pun nak kekal nombor lama, fix it!!!!!!!
Tak boleh pun nak kekal nombor lama, fix it!!!!!!!
sy br je aktifkan sim yoodo guna no baru... mcm mana yer klu sy nk kekalkan no lama? tp guna sim yoodo yg sy guna pakai skrg ni.. xkan nk kena order sim br lagi..
Saya sudah tukar e-sim kepada fizikal sim dengan mengekalkan no lama....tapi sampai skrg no tidak boleh aktif.
boleh hantar semula comfirmation pd pihak umobile utk terminate no dan tukar pd line yoodo . sebab sy terlepas utk reply sms comfimation tersebut
In progress.. Kekal no lama.. Kta tnggu la brpa hari,jgn pla d kencing smpai basah😅
Sya dah kekal no lama,tapi reject
Sim boleh guna atau Tak..
Saya masih belum faham adakah yoodo ini dibawa maxsis atau celcom. Adakah saya boleh relod diluar juga.
saya dah buat bayaran dan nk kekalkan nombor lama, tapi apabila saya kekalkan nombor lama nombor yoodo yg aktif. Macam mana nak kekalkan nombor lama saya utk sim yoodo ni?
boleh hantar semula comfirmation pd pihak umobile utk terminate no dan tukar pd line yoodo . sebab sy terlepas utk reply sms comfimation tersebut
Saya baru aktifkan no yg dikekalkan ke yoodo, jadi dlm masa 3 hari atau mmg kena tggu 3 hari baru no tersebut aktif?
Sy dah masuk hari ke 4 aktifkan no lama.. Dan dah buat bayaran.. Tp belum dpt apa2 respone....
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.