SELALU SANGAT DAH NI?
Hi Yoodo Team,
Saya rasa ramai sangat marah dan tidak berpuas hati berkenaan perkara yang berlaku, boleh dikatakan hampir setiap bulan perkara ini berlaku.
Antara yang memilih Yoodo adalah kerana line dibawah celcom dan data yang berpatutan sebagai contoh RM 98 = 200GB. Untuk online kelas, online meeting dan lain lain. Seperti saya sendiri yang WFH, kawasan rumah saya tiada line 'landed-phone' sejak 2017 kerana orang asik curi kabel, jadi internet dirumah adalah melalui mobile phone tethering... Dan saya sendiri daripada Yoodo secara am nya.
Jadi apabila kekerapan ini berlaku membuatkan saya, dan saya percaya ramai lagi yang berasa tidak seronok dan menyatakan hasrat untuk bertukar, ada kenalan saya dah pun beratur di telco lain pagi tadi, untuk port port walapun baru sahaja renew data beliau 24/4/2021 lepas.
Sekiranya ianya sebab upgrade untuk ke 4G LTE VOLTE, tunjukkanlah perubahan tersebut, sekurangnya terubat hati kami yang lara ini.
Tetapi dengan pemberian 3GB data, seriously ianya sudah tidak memadai lagi, kerana bukan sebab users tamak data, atau terlalu sedikit, tetapi wonder, kenapa perkara ini berlaku hampir setiap bulan, dan mengganggu WFH kepada mereka yang ada deadlines... Mungkin 1 Mei hari pekerja, dan orang cuti, plus weekend, tapi ada juga yang menggunakan waktu ini unutk buat kerja kerana waktu ni la boss pun duduk diam, so dia boleh buat kerja sendiri dengan tenang.
Kami, users berharap perkara sebegini, berakhir. Sebab so dissapointing dengan situasi, macam sebelum ini, 1 hari tak boleh call dan berlaku pada hari bekerja bulan Mac lepas, kebingungan juga, wifi, nasib baik la ada line backup.
Yang WFH / study from home, mesti ada tadi yang ke 7E or mynews untuk dapatkan sim backup.. memang boleh je beli, tapi percayalah nilai kekecewaan itu amatlah besar.
Bantu kami Yoodo...
-
Bro report MCMC terus lagi baik. https://aduan.skmm.gov.my/ Ini link dia. Jom kita report ramai ramai
Please sign in to leave a comment.
Comments
5 comments