Jom Sertai KL Smoke Free City Run
Larian virtual anjuran Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) di bawah Local Agenda 21 Kuala Lumpur, DBKL dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan BookDoc adalah untuk mempromosikan bandar Kuala Lumpur ke arah Bebas Asap Rokok di samping menggalakkan peserta yang merokok berhenti dan mengamalkan cara hidup sihat. Klinik berhenti merokok juga dibuka kepada semua peserta warganegara Malaysia.
Larian virtual terbuka kepada semua warga Kuala Lumpur dibawah 3 kategori (lelaki, wanita dan warga emas). Kumpulkan langkah (steps) melalui aplikasi *BookDoc* setiap hari sepanjang enam bulan dan anda berpeluang memenangi hadiah bulanan menarik dan peserta dengan langkah terkumpul terbanyak dalam tempoh enam bulan akan memenangi hadiah utama berupa wang tunai!
Maklumat lanjut berkenaan penduan penyertaan larian dan klinik berhenti merokok boleh didapati di tinyurl.com/vklsfcr
-
wah ramai juga dah mintak ada events active like this, bagus juga kalau ramai gemar. DENJAYNAVEER ASLAM BIN TANJUI kita boleh consider having in future :D
Please sign in to leave a comment.
Comments
3 comments