Zii Jia kaut RM403,896
ย
Datuk Lee Chong Wei mengingatkan bintang muda negara, Lee Zii Jia agar tidak gelap mata dengan wang hadiah kemenangan dan ganjaran yang diraihnya terutama selepas kejayaan menjuarai Seluruh England, bulan lalu.
Legenda badminton negara itu berkata, pemain berusia 23 tahun berkenaan perlu bijak merancang kewangannya demi menjamin masa depan terutama apabila bersara nanti.
"Zii Jia perlu menyimpan bermula dari sekarang. Saya kenal ibu bapanya dan dia juga ada kakaknya yang pasti akan membantu dia merancang kewangannya. Saya percaya Zii Jia juga tahu apa yang dia perlu lakukan.
"Dia tahu yang bukan mudah untuk meraih wang banyak seperti itu. Jadi, perlu perancangan yang betul.
"Saya ada beritahu dia, yang kita boleh nampak ada bekas pemain selepas bersara (tanpa simpanan), jadi dia kena menyimpan. Sama ada dia mahu membuat pelaburan atau membeli kediaman tidak kisah, yang penting rancang kewangannya dengan betul.
"Kalau beli kediaman di Kuala Lumpur pun OK kerana dia berasal dari Kedah dan ini akan memudahkan ibu bapanya jika datang ke sini... boleh tinggal di kediamannya.
Please sign in to leave a comment.
Comments
7 comments