Lindungi Data Peribadi
-
#JomAmbilPeduli dengan pelihara sebaiknya data peribadi anda. Berhenti dan Tanya dahulu sebelum berkongsi maklumat peribadi anda.
Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
-
Berhenti dan Fikir. Jangan pamerkan nota bertulis yang mempunyai maklumat peribadi anda kerana ia sangat bernilai. Sumber :
-
SEMAK DAN PEKA. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam berkongsi data peribadi anda. Sumber:
-
Bacalah buku ini untuk pengetahuan PDPA.
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20709%2014%206%202016.pdf
-
TQ info P.P.Foong
-
Macam mana nak tahu data peribadi kita dicuri, atau digodam? Hal ini termasuk nama, alamat, email, nombor telefon, nombor kad debit dan lain lain telah disalah guna atau diceroboh.
Sebelum itu, apa itu kecurian identiti? Secara ringkas, kecurian identiti adalah perbuatan jenayah di mana seorang penipu mencuri maklumat peribadi sensitif anda seperti butir-butir NRIC, butir-butir pasport, kad kredit atau butiran perbankan.
Sebaik sahaja mereka mendapatkan maklumat peribadi anda, mereka boleh menggunakannya untuk memohon pinjaman dan kad kredit di bawah nama anda, membuat pembelian tanpa kebenaran di bawah nama anda, dan juga menjual maklumat atau lebih teruk lagi dokumen anda diberi kepada syarikat lain atau pendatang tanpa izin. Semua ini tidak dapat dinafikan merosakkan sejarah kredit anda - tidak kira reputasi anda - yang mana mengambil masa yang lama untuk membetulkan keadaan.
-
Okay, ini adalah tanda tanda data peribadi anda telah diceroboh! #JomAmbilPeduli #LindungDataPeribadi
1. Terdapat caj dan pengeluaran tanpa kebenaran daripada Kad Kredit dan Akaun Bank Sentiasa semak penyata bank anda samada akaun simpnan atau pun kad kredit menerusi 'online' atau pun bil fizikal. Teliti jika ada transaksi yang mencurigakan dan terus laporkannya pada pihak Bank
2. Bil & Surat daripada bank/telco/tnb/telekom hilang Nampak mudah, cuma bil dan surat, tapi tahukan anda, jika bil dan surat tidak sampai ke tangan anda, mungkin ada orang yang telah memeriksa peti surat anda dan mengambil butiran diri anda untuk tujuan yang tidak baik.
3. Akaun Media Sosial Diberikan Amaran Terdapat Aktiviti Luar Biasa Jika anda sering menggunaka wifi awam atau wifi percuma, sila kemaskini dan tukarkan password anda lebih kerap. Hal ini kerana, penggunaan internet awam sangat terdedah dengan kemungkinan akaun media sosial anda untuk mudah diceroboh. Akaun media sosial kini diibarat lombong emas bagi penggodam kerana banyak data peribadi bernilai boleh didapati dengan mudah. Dari sini lah mereka boleh mengakses data lain yang lebih bahaya termasuklah verifikasi nombor akaun kad kredit anda. bahaya!
4. Permohonan Pinjaman & Kad Kredit Tidak Berjaya Lihat pada sebarang percanggahan data yang ada dalam laporan kredit anda. Boleh jadi ada pertanyaan berkaitan akaun kredit anda daripada sumber tidak diketahui atau pembukaan akaun bank/pinjaman baru yang anda sendiri tak tahu.
5. Terima Panggilan Daripada Pengutip Hutang Mengenai Hutang Yang Anda Tidak Tahu Hati-hati jika anda terima panggilan daripada mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah pemungut hutang, walhal anda tidak pernah pun terlepas membayar apa-apa bayaran pinjaman yang anda miliki.
-
Awas! Kemungkinan besar ada seseorang yang telah menggunakan data peribadi anda untuk menjadi penjamin atau 'orang yang patut dihubungi' dalam permohonan pinjaman dan milikan hutang mereka - tanpa pengetahuan anda.
Apa perlu anda buat jika hal-hal begini terjadi? Lebih-lebih lagi melibatkan butiran kewangan, pinjaman mahupun bank. #JomAmbilPeduli #LindungiDataPeribadiTerus berhubung dengan Bank Negara Malaysia untuk membuat laporan.Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)Faks: 03-2174 1515SMS ke 15888: BNM TANYA [report/pertanyaan]Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
Please sign in to leave a comment.
Comments
503 comments