kenapa ye dashboards sy naik sim kad on the ways, lpstu xnaik dh dashboard sblm ni yg ada tulis expired data semua, knpa ye, sy xleh nk langgan Internet
-
Ya cik Nor Farhana...ramai mengalaminya termasuk saya, tapi jangan risau servis call, data, & sms tidak terjejas cuma masalah paparan pada dashboard sahaja yang hilang.
1- Pastikan aplikasi Yoodo dikemaskini ke versi yang terbaru.
2- Esok pagi laporkan masalah ni dengan Live Chat Yoodo untuk bantuan selanjutnya.Semoga membantu...
-
Ya NOR FARHANA BINTIMOHD FADZIL, rujuk kepada live chat agent untuk bantuan teknikal.
-
NOR FARHANA BINTIMOHD FADZIL Anda tidak berkeseorangan dalam hal ini. Ramai yang mengalaminya. Buat laporan dengan menggunakan live chat ye. Mungkin kalau masih tak boleh lihat dashboard, boleh minta ejen Yoodo untuk beli internet bagi anda asalkan ada kredit di dalam e-wallet Yoodo anda. Untuk kepastian, boleh tanya mereka sewaktu anda live chat
-
Hai NOR FARHANA Kelmarin saya pun kena juga macam tu . Memang kena live chat juga untuk selesaikan. Dah empat kali saya kena macam tu.
-
NOR FARHANA BINTIMOHD FADZIL boleh live chat dgn yoodo ya ;)
-
Hai SYLVESTER BIN LAWRANCE Saya pun kena juga macam tu . Memang kena live chat juga untuk selesaikan.
GEORGE KUTTY A/L V E Simon saya pu Dah empat kali saya kena macam tu. Segera berhubung dengan live chat untuk bantuan.
Harap segera di atasi masalah dashboard agar tidak berulang. 👍👍👍
Please sign in to leave a comment.
Comments
28 comments