Perkenalkan "Data Rollover" untuk perbaharui pelan
-
Muhammad Syafiq, terima kasih atas cadangan. Buat masa ini pelan terbaru Yoodo adalah renewal plan pada bila bila masa. Jadi untuk rollover ni, saya tak pasti kalau Pihak Yoodo boleh perkenalkan dalam tempoh PKP. Dalam masa sama, setiap hari kita semua akan menerima 1GB secara percuma.
Tapi ramai disini memang berharap data rollover ini dapat diperkenalkan... upvote ๐๐ป
-
Sangat bersetuju. 2 3 bulan ni memang susah saya nak habiskan quota kerana masalah network yang telah saya adukan pada Yoodo.
Jawapan saya terima dari yoodo, kerana 'network congestion' & tidak ada sebarang rancangan untuk menambah kapasiti dalam masa terdekat. Data yang berlambak akhirnya luput begitu sahaja apabila tidak boleh digunakan.
Bila habis data, kita terpaksa beli lain. Tetapi apabila data berlebihan begini (yang bukan salah kita pun pada dasarnya), yang paling kurang yoodo boleh lakukan adalah dengan membenarkan data rollover ke next cycle.
-
Memang baik kalau boleh bawa data yang tak habis ke depan. Dapat bawa sikit pun jadilah. Keadaan saya pun sama juga. di tempat kerja memang line laju. Dekat rumah ni kena sabar lah dengan speednya. Tapi masih boleh jalan lagi kalau nonton haha...
Tapi kalau banyak sangat data yang terlebih setiap bulan tu mungkin maksudnya kena adjust balik pilihan data yan dibuat dalam plan kita tu supaya tak terlebih. Tapi dalam keadaan yang tak dijangka seperti PKP ni, memang macam saya sendiri pun pilihan plan sebelum ni tak berapa ngam, Data habis awal la pula.
-
MOHAMMAO NL E FADZIRALBIN SAHARI selamat bertugas. Stay safe bruh!
KHAIRIL ANWAR BIN SALLEH semoga diberikan pertimbangan sewajarnya data rollover ni bagi mereka yang memerlukan.
-
Bagus idea Syahmi ni. Saya rasa semua faham, Yoodo ni pun berfungsi atas dasar perniagaan. Kalau tak boleh bawak semua dapat contoh 50% dari balance data pun kira ok juga. Kalau semua lagi ok. Makan kat kedai tak habis pun kita boleh mintak dia bungkuskan ๐.
By the way kepada Mohammao NL. Tugas anda sebagai salah seorang frontliner, kami semua amat hargai ๐๐ป๐๐ป๐ฒ๐พ
-
Sama-sama MOHAMMAO NL E FADZIRAL.
-
LEE SU KUANG banyak tu 19gb baki data yang tak habis..
Please sign in to leave a comment.
Comments
29 comments