Idea/Cadangan Produk Yoodo
Salam,Hai Staff Yoodo & Semua
1.Saya nak cadangkan supaya team yoodo jual modem 4g seperti mana telco² lain. Contoh brand modem 4g,tenda,tp-link,huawei b618/huawei b818 etc. Buat kontrak untuk modem & masuk dalam bil monthly. Celcom buat pakej Celcom home wireless,rm150 monthly & dapat huawei b618-22,walaupon modem tu dah dilock sim celcom tapi tetap berjujut orang langgan.
2.Pakej Set Antena Parabolik(modem 4g,antena parabolik,cable,connector) & pemasangan. Sasarkan pada pengguna dikawasan luar bandar,pengguna kawasan luar bandar memang tipis harapan untuk dapat internet fiber optik & 5g(dikemudian hari),nak pulak kalau rumah selang 50 meter(rumah kampung,tepi sungai,rumah ladang etc). Dengan pemasangan antena parabolik & modem yang berkualiti,sikit sebanyak dapat tingkatkan kelajuan internet & luaskan lagi liputan pengguna. Yoodo ada 400k lebih registered user,mustahil takda orang nak try.
Gambar sekadar hiasan & sumber google
Antena parabolik dalam rm400,cable lmr400(cable kualiti tinggi) bawah rm200,modem 4g(huawei b618/b818) rm700-800 + rm98 untuk 200gb monthly = rm1498. Harga antena,cable & modem tak tepat ya,sekadar kiraan kasar. Contoh kontrak, rm190x24month. Tapi kalau boleh buat lah kontrak yang berpatutan.
Set Antena Parabolik ni bukan pengguna tak boleh beli di shopee/lazada & pasang sendiri tapi sesetengah orang(macam saya) rasa leceh nak hadap semua tu. Nak survey harga, nak survey seller samada trusted ke tak,lepas tu barang tu pulak bukan nya ada semua dalam 1 store,bila dah beli nak kena tunggu barang sampai,dah sampai barang nak pasang pulak,kena pulak cari tools yang sesuai. Boleh je upah orang tapi kena tambah modal on the spot lah. Bagi saya,semua tu renyah. Jadi,andai yoodo buat produk/servis macam tu,saya sebagai pengguna cuma perlu daftar,tunggu pemasangan dari team pakar & bayar bulan².Alah,macam pasang unipaiii.
3 Add-on Twitch & Discord,tak pasti dah ada yang cadangkan ke tak.
Akhir kata,saya sayang Yoodo. Banyak jasa yoodo kat saya sebab disaat telco lain bagi plan,add-on & harga meraban-raban,yoodo datang bak tora tawarkan 100gb 12jam rm15,dapat lah jugak merasa main Lost Ark yang size nya sebanyak 70gb lebih.
Sekian terima kasih. Semua kat atas tu cadang je,ada nak tambah/kritik etc,jangan malu².. Kalau cadangan/idea ni nak buat nanti,hulur² lah 100gb free..Hehe.
-
Cadangan bagus.. Up Vote.
-
Salam Syam, Terima kasih atas cadangan 👍🏻.
Untuk device buat masa ni Yoodo belum offer lagi sebab kalau jual pun mungkin lagi mahal dari Shopee 😆. Nak murah atau ada telco subsidi sedikit masalah sebab buat masa ini pelan Yoodo tiada sebarang contract. Harap pihak Yoodo boleh pertimbangkan device bundle. Kalau ada contract pun ok je. Ramai antara kita ni pun dah lebih 1-2 tahun ataupun lebih dari itu bersama Yoodo.
Untuk cadangan Discord saya rasa ada pernah minta dulu. Saya rasa saya pun pernah request. Tapi kat sini tak ramai pengguna Discord. Harap pihak Yoodo boleh pertimbangkan juga request ini. memandangkan Yoodo ni banyak involvement dalam esport. Gamers ramai borak dan chatting kat Discord :) -
Saya pakai set parabolic di Modem B618-65D. Ya masa beli leceh sebab semua part beli kedai lain-lain, pasang pun mengeluarkan peluh but overall capaian coverage yg lemah akhirnya meningkatkan. Sedit sebanyak bebaloi. Cuma kalau Yoodo tawar kan sendiri bundle dgn para lagi baik.
Yg kata set para mahal sebab mereka nak pasang siap. Ade je pilihan lagi murah dgn cara DIY parabolic harga tak sampai RM10 (para & dish sahaja, tak masuk wayar). Cara buat byk kat YouTube
-
Yang ini nampaknya paling murah.
-
Bagi yg tanya haritu perbezaan sebelum selepas parabolic.
-
Unifi simkad prepaid data high speed mahal tapi saya langgan saja utk cuba mana yg terbaik. At least postpaid mereka murah.
Dah pernah test, tak effect speed simkad jiran. Tak pakai atau pakai same je jiran dapat. Yg ada effect tu bila pengguna menggunakan kaedah bypass internet. Cth pengguna langgan perkhidmatan "hantu", dia akan rasa syok sebab murah full speed dan unlimited tapi pengguna lain akan terjejas
Please sign in to leave a comment.
Comments
16 comments