BERITA TERKINI News Updates (No Politik) - Sambungan V
Sambungan dari thread sebelumnya
-
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan harga minyak yang tinggi ketika ini akan berpanjangan memandangkan stok minyak global yang rendah dalam tempoh beberapa tahun ini masih berterusan.
Firma itu berkata, di sebalik ikrar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana dengan tambahan 400,000 tong sehari setiap bulan pada April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.
-
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM23,956,851 menerusi serbuan di 1,332 premis sepanjang 2021 hingga 31 Jan tahun ini.
Menurut jawapan bertulis Dewan Rakyat hari ini, KKM memaklumkan serbuan berterusan ke atas premis-premis atau penjual tersebut berdasarkan pemantauan dalaman dan pengesahan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam.
-
McDonald's Malaysia akan membuat pelarasan gaji kakitangan sepenuh masanya menjelang akhir tahun ini bagi menyokong cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, buat masa ini, lebih 80 peratus kakitangan sepenuh masa McDonald's sudah pun menerima RM1,500 gaji asas yang minimum setiap bulan.
-
Indonesia membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.
-
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) selain membuka ruang bagi syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, MNO terbabit memaklumkan kesediaan untuk terbabit dalam sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penggiat utama industri tersebut bagi mendapatkan perincian pelaksanaan model berkenaan, termasuk cadangan tawaran pegangan ekuiti serta proses transaksi berkaitan.
-
Kekurangan bekalan minyak bunga matahari secara tiba-tiba telah memaksa pengeluar makanan untuk menarik balik sekatan terhadap minyak sawit dan kembali kepada minyak sayuran ini bagi bahan makanan mereka.
Pasar raya Iceland pada 2018 berjanji untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua makanan jenamanya sendiri, membuat pemulihan kepada tanaman yang menarik ini.
-
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 6.0 peratus tahun ini selepas didorong oleh pembukaan sempadan antarabangsa, peningkatan kadar vaksinasi dan peralihan negara ke arah fasa endemik.
Penolong Naib Presiden/Penganalisis Moody's Investors Nishad Majmudar berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.
-
Harga jualan makanan berasaskan tepung dan ayam seperti kuih-muih, ayam golek dan ayam percik di bazar-bazar Ramadan sekitar negeri Kedah didapati meningkat dengan agak mendadak.
Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof menjelaskan, situasi itu adalah disebabkan peningkatan harga dua bahan mentah itu dipasaran secara berterusan sejak kebelakangan ini.
-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan mengenai penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.
-
Tiada produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium yang dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Salim Dulatti mengesahkan perkara itu berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia dari tahun 2021 sehingga kini.
-
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
-
Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia, Eren Gunhan Ulusoy, berkata semua institusi antarabangsa bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, hakikat itu antara lain diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
-
"Isu kenderaan mikromobiliti ini kerajaan bersikap terbuka, kita kenakan larangan kerana nak jaga keselamatan pengguna.
"Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan tidak menghalang tetapi mesti diwujudkan satu persekitaran kondusif, kalau tidak orang berkeliaran atas jalan akhirnya akan membawa maut," jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong .
-
Kerajaan Negeri Perak digesa menjalankan pembenihan awan di Empangan Kolam Bukit Merah di sini dengan segera bagi mengatasi masalah paras air yang semakin surut.
Kebanyakan penduduk di sini yakin langkah itu mampu mencetuskan hujan bagi membekalkan air ke dalam takungan di empangan tersebut sekali gus memastikan bekalan untuk minuman dan pengairan sawah tidak terjejas.
-
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.
"Apabila pemohonan dibuat, majikan perlu memberi jawapan kepada pekerja secara bertulis sama ada bersetuju atau menolak permohonan berkenaan dalam tempoh 60 hari dan perlu memberi alasan mengapa permohonan itu ditolak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
-
Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu, lapor Xinhua.
Syarikat gergasi digital diberi tempoh sehingga Rabu untuk melengkapkan pendaftaran pelesenan. Pihak kementerian akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang negara jika gagal berbuat demikian.
-
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyarankan syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjalin kerjasama dalam memperkenalkan kadar caj untuk kenderaan elektrik (EV) yang mampu dilanggani oleh rakyat.
Perdana Menteri berkata TNB ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik secukupnya.
-
Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan32.7 juta berbanding 32.6 juta pada 2021 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus.
Pada 2022, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 17.0 juta dan 15.7 juta.
Nisbah jantina adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
-
Terdapat golongan terjejas yang memilih mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini langsung tidak mempunyai caruman untuk usia persaraan itu.
Memetik laporan Astro Awani, itu realiti yang mendepani satu daripada tiga responden sebagaimana dinyatakan Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.
-
Seramai 874 daripada 42,369 calon mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah itu seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.
Please sign in to leave a comment.
Comments
500 comments