BERITA TERKINI News Updates (No Politik) - Sambungan V
-
Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Dzafir Ismail, lebih membimbangkan ialah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, kebanyakan rakyat mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
"Ramai juga yang berasa tidak bersemangat dan mengalami stres, sekali gus mendorong peningkatan cara hidup tidak sihat seperti merokok," katanya
-
Pihak berkuasa wajar menilai semula prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jemaah umrah dan pengembara dari luar negara yang pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dikhuatiri turut menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 dalam negara.
-
"Selain untuk keselamatan pelanggan, ia juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos iaitu getah yang jauh lebih murah berbanding penggunaan paku berharga hampir RM80 sekotak, manakala getah hanya RM8 untuk sepeket," kata Pembantu kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, Mohammad Faizol Ramli.
-
"Saya dan pekerja cuba untuk mengeluarkan lembu-lembu berkenaan tetapi gagal kerana kawasan sudah dipenuhi air dan haiwan tersebut sudah kelihatan penat kerana tidak diberikan makanan.
"Kami hanya berjaya menyelamatkan kira-kira 20 ekor lembu dengan menggunakan bot, yang kemudianya terpaksa ditambatkan di tepi jalan," kata Tey Teng Swee yang memakai anduh pada tangan kirinya, akibat patah ketika cuba menyelamatkan lembu-lembunya itu.
Please sign in to leave a comment.
Comments
500 comments