Final Piala Malaysia 2021 ⚽🇲🇾
Final Piala Malaysia akan berlangsung pada 30 November
Selepas hampir dua tahun sunyi tanpa pertandingan besar, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal kembali bergema apabila akan menjadi gelanggang bagi aksi final Piala Malaysia musim ini. Perkara itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan, semalam.
Please sign in to leave a comment.
Comments
1 comment