BERITA TERKINI News Updates (No Politik) - Sambungan III
-
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran kemasukan pengembara bukan warganegara bergantung kepada maklumat situasi #COVID19 dari negara asal mereka.
-
Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendedahkan bahawa seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.
Ketua Perlindungan Kanak-Kanak UNICEF Malaysia, Sarah Norton-Staal berkata, malah sebelum Pandemik COVID-19, kanak-kanak dan anak muda sudah menanggung beban masalah kesihatan mental dan tidak banyak yang dilakukan pihak berwajib untuk menangani keadaan ini.
Baca selanjutnya di https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2011068
-
Menerusi notis Pos Malaysia Berhad kepada pelanggan, penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.
-
Pengarah Eksekutif Socio-Economic Research Centre (SERC), Lee Heng Guie berkata, indikator ekonomi itu meliputi eksport negara, output perindustrian, jualan borong dan runcit, permintaan pinjaman bank dan prestasi perbelanjaan pengguna bagi tempoh Julai dan Ogos.
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-malaysia-dijangka-berkembang-pada-q4-serc-324188
-
[TERKINI]
🔹 Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara, diumum dalam masa terdekat
🔹 Kerajaan tunggu keputusan Timbalan Agong sama ada laksana Darurat berhubung PRN Melaka, minggu depan
______________________
🔹 Melaka polls: Govt awaits Deputy Yang Di-Pertuan Agong's decision on possible Emergency next week
Sumber : Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
-
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, dijangka ramai penduduk Lembah Klang dan negeri lain akan merebut peluang yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga serta sahabat handai.
Menurutnya, PLUS bersedia membuka semula semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan untuk menerima pertambahan kenderaan sebaik sahaja sekatan perjalanan antara negeri ditarik balik.
-
Sebuah kilang membuat alat penyembur musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 6.02 pagi.
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (POC) sebelum keputusan mengenai pembelian kenderaan jenis BMW M3 dan Volkswagen Tiguan dimuktamadkan.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Bukit Aman ketika ini sedang menguji lima kereta BMW M3 dan Volkswagen Tiguan selama dua minggu.
-
Wanita OKU ditemui mati dalam kebakaran di premis dua tingkat
Post is closed for further comments because the limit of comments per post has been reached.
Comments
1000 comments