BERITA TERKINI News Updates (No Politik) - Sambungan II
-
Alor Setar: Pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Yan terbahagi kepada tiga kategori yang membabitkan pesakit Covid-19, mereka yang menjalani kuarantin wabak dan mangsa biasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/744103/tiga-kategori-pps-asingkan-mangsa-banjir
-
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, Stesen Hujan JPS di Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281 mm dan Kampung Singkir Genting 172 mm.
Jelas beliau dalam akaun Twitter miliknya, kemuncaknya pada jam 8 malam iaitu melebihi 70 tahun ARI bagi jumlah hujan 278 mm.
-
Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Menengah Smart Batu 4, Jalan Changkat Jong, daerah Teluk Intan, pada jam 8 malam ini bagi menempatkan tujuh mangsa banjir petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah rumah telah dinaiki air setinggi 0.3 meter di Kampung Lorong Kedah, Batu 8, Changkat Jong, sebelum kesemua mangsa dipindahkan ke PPS.
-
Sebanyak 13 daripada 19 kakitangan The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai yang terkandas selepas laluan ke kaki gunung itu terputus akibat kejadian tanah runtuh petang Rabu, turun dengan selamat dari puncak gunung itu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata mereka turun dengan penyeliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas satu lorong di laluan terputus itu dibuka pada 5 petang semalam.
-
Fenomena kepala air yang berlaku di daerah Yan, Kedah pada Rabu antaranya disebabkan hujan dengan kadar atau intensiti tinggi di hulu sungai serta kawasan tanah tinggi, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata, ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah, yang akhirnya menyebabkan limpahan.
Please sign in to leave a comment.
Comments
997 comments