Tips Kesihatan 🎗️ #2
sambungan dari thread pertama: https://support.yoodo.com.my/hc/en-us/community/posts/900001512986-TIPS-KESIHATAN-
_______________________________
Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu samada kesihatan fizikal mahupun mental. Bak kata pepatah, "Kesihatan adalah kekayaan dan pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati"
Saya buka thread ni untuk semua bersama berkongsi tips kesihatan... semoga memberi manfaat buat member komuniti... enjoy, santai & jaga kesihatan semua ! :)
#staysafe #youdoitbetter
-
-
Cuci dengan ozonate water, bersih dan selamat.
http://voyager8.blogspot.com/2018/03/my-cashido-10-second-ozone-anti.html
-
#TipsKesihatan
TIPS KURANGKAN KOLESTROL💪💪
.
Masalah kolesterol tinggi boleh dielakkan melalui beberapa cara. Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (“jahat”). Ia berbentuk pepejal di bawah suhu sejuk.
.
Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pemgambilan makanan tinggi kolesterol. Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (‘jahat’).
.
Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan harus diambil secara tidak berlebihan. Masak dengan minyak sayuran seperti minayk zaitun dan minyak bunga matahari. Tingkatkan pengambilan serat. Serat makanan boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang.
.
Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan kolesterol LDL (“jahat”) dan menurunkan kolesterol HDL (“baik”). Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.
.
Bukan itu sahaja, berhenti merokok kerana ia boleh menjejaskan saluran darah dan menurunkan tahap kolesterol HDL (“baik”). Ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. sekiranya anda merokok, anda boleh berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok.
-
BUAH-BUAHAN YG TERBAIK UTK TURUNKAN BERAT BADAN🍎🍉🍐🍋🍊
.
1. EPAL – Membantu utk tingkat metabolism badan. Metabolisma kan penting utk turunkan berat badan. Jadi, boleh makan epal as snacking atau buat salad. Sedapnyaaa.2. AVOKADO – Mempunyai lemak yg sihat yg mengandungi protein, zat besi, vitamin A, vitamin D. Avokado jugak bantu untuk tingkatkan metabolism badan dan jugak meningkatkan pengeluaran testosteron yg membantu dlm menghilangkan lemak.
3. TEMBIKAI – Membantu utk mengurangkan pengekalan cecair, sembelit dan menggalakkan penurunan berat badan. Tembikai mengandungi kandungan air yg byk yg buat kita kenyang dan rendah tahap kalori.
4. LEMON - Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik dan juga kaya dgn serat yg membantu mengurangkan sembelit, masalah pencernaan dan obesiti.
5. BETIK – Menggalakkan system penghadaman dan mencegah ulser perut. Kaya dgn vitamin A dan C. Juga menghapuskan penyimpanan gula dlm badan.
6. OREN – Kaya dgn Vitamin C yg merupakan bahan utama dlm penghasilan kolagen, protein yg mengekalkan kulit kelihatan segar dgn cegah kedutan dan penuaan.
7. PEAR – Kaya dgn kandungan serat yg tinggi utk mengelakkan sembelit dan menjaga selera makan anda. Memastikan sistem pencernaan berfungsi secara optimum dan menggalakkan penghadaman dgn lebih baik.
Please sign in to leave a comment.
Comments
351 comments