TIPS: PROMO PELAN DATA (JANUARI 2019)
Pada Jun hingga Disember 2018 yang lalu, Yoodo menawarkan promosi harga data (booster) 20GB pada harga RM20. Bermakna kos keseluruhan PELAN DATA anda hanyalah:
= 2GB/RM12 (pelan data asas) + 20GB/RM20 (data tambahan)
= 22GB (RM32)
Kini bagi tempoh 1 - 31 Januari 2019, Yoodo menawarkan promosi harga data (add-on/aplikasi) 20GB pada harga RM1. Maka kos keseluruhan PELAN DATA anda pada kali ini hanyalah:
= 2GB/RM12 (pelan data asas) + 20GB/RM1 (data aplikasi pilihan)
= 2GB+20GB (RM13)
ATAU, jika anda ingin lebih nilai untuk wang, dicadangkan kombinasi PELAN DATA seperti berikut:
= 2GB/RM12 (pelan data asas) + 80GB/RM4 (data aplikasi YouTube, Facebook, Instagram, WhatsApp)
= 2GB+80GB (RM16)
SYARAT BAGI PROMO JANUARI 2019:
* pelan data asas (min 2GB/RM12) perlu dibeli terlebih dahulu
* addon (data aplikasi) hanya boleh dibeli sekali sahaja iaitu semasa memulakan atau menyambung langganan dalam bulan Januari 2019
-
i'll enjoy this promo on next month cycle, my planned i will buy:
10gb b/plan - 35
Fb 20gb - 1
Ytube - 1 total= RM37Before this my plan are:
2gb base plan - RM12
20gb - Rm20 Total= Rm32
*For call & sms i use my 2nd lineMy personal opinion, I have no issue even though promo 20gb has been terminated. I look at my previous record of data usage widely used on facebook, so for this latest promo I'm happy and it benefits me
Thank Azlan, izin share ! π
-
Pembetulan.
Promo Rm20 = 20gb yang lepas tak perlu beli base plan data.
Sy dah 2 kali beli tanpa base plan data.
Cuma ambil voice & sms plan, pastu add booster rm20=20gb.Booster dan add on fungsi berbeza.
Booster boleh dibeli dengan mana2 Base plan.
Tapi add on WAJIB dibeli BERSAMA dengan Base plan masa melakukan pembelian. -
@Azlan. Memang betul.
Tapi sebab ramai lagi yang tak tahu boleh beli booster rm20=20gb Tanpa perlu beli base data.
Kecuali kalau nak beli add-on baru kena ada base data.
Kalau penggunaan phone hanya untuk data SAHAJA, tanpa perlu buat call dan sms, then YES, kena ada langganan Base data. Tapi majoriti beli phone perlu buat calls. So, lebih menjimatkan ikut beli booster untuk plan dahulu.Harapnya ada plan yang sama waktunya dengan rm20=20 untuk tahun depan. Sebab lain orang lain penggunaan data mereka. Bukan hanya untuk youtube, fb, WhatsApp dan ig.
-
bagus, nice info.
yup, sy pun guna plan booster promo, rm20=20gb. tanpa base plan rm12=2gb.
so cost data just rm20 every month.
mmg sangat2 berbaloi pelan data 20gb ni.
saya guna mainly utk web surfing, gmail, gdrive, ms outlook, googlemaps, telegram, twitter, youtube, whatsapp, netflix.
so bila dah tiada plan 20gb, kena extra cost pula.
mungkin kena cari telco lain feb nnt.. ada cadangan ??? -
Promo 20GB/RM20 sesuai untuk penggunaan data kapasiti tinggi seperti permainan game online, muat turun dan stream video dan lagu.
Promo 20GB/RM1 (Insta/FB/YT/WhatsApp) pula sesuai untuk kebanyakan pengguna pelbagai peringkat umur.
Pengguna data tegar (hardcore) masih boleh memilih tawaran data 3G/4G/LTE seperti berikut:
20GB : RM48
30GB : RM58
40GB : RM68
50GB : RM78
75GB : RM88
100GB : RM98Saya juga pengguna marhaen dan saya perhatikan sehingga kini Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih pada harga paling mampu milik walaupun TANPA ketiadaan promo di 20GB/RM20 atau Addon/RM1.
Konsep permintaan dan penawaran perlu seimbang dan menguntungkan kedua-dua pihak penyedia perkhidmatan dan pengguna. Promo atau subsidi 20GB/RM20 selama lebih 6 bulan pada tahun 2018 memang sangat menguntungkan pengguna, tetapi saya tak rasa ia baik untuk kelangsungan (sustainability) Yoodo untuk jangka panjang. Jika operasi Yoodo terjejas, maka yang akan turut terkesan adalah pengguna.
Kehadiran Yoodo sebagai MVNO pada awal 2018 telah merancakkan persaingan di kalangan telco mudah alih di Malaysia dan secara langsung menguntungkan pengguna. Kita tak mahu Yoodo menjadi seperti Buzzme atau Tron yang akan menamatkan operasi selama lebih 5 tahun dengan pakej harga murah tetapi gagal mendapatkan pulangan modal. Dan kita juga tahu bahawa jika persaingan MVNO semakin kurang, maka monopoli telco besar akan kembali dan akan melambungkan kembali harga.
Berbalik kepada promo untuk bulan ni, kalau diteliti secara objektif, ia memang sangat menarik. Kombinasi berikut adalah syor saya kepada ahli keluarga dan rakan yang sedang gunakan Yoodo:
βοΈ Data 2GB
βοΈ Panggilan 200 minit
βοΈ Instagram 20GB
βοΈ Facebook 20GB
βοΈ YouTube 20GB
βοΈ WhatsApp 20GB
*HARGA: RM25 -
ada benarnya apa yg dikata en @azlan.
customer nak untung, telco juga nak untung.
Β
mungkin bulan-bulan akan datang, yoodo akan extend this RM1 promo to other apps pula ?
sebab lain user lain penggunaan data/internet nya.
cadangan agar yoodo banyakkan lagi add-on apps instead of 4. mungkin 10 add-on apps ke ?
kenapa yoodo offer 4 apps ini sahaja ya ?
Β
cadangan next RM1 promo apps untuk bulan2 akan datang (if still ada) :
- browser apps tertentu (opera,firefox,uc,chrome)
- email apps tertentu (gmail,outlook,etc)
- youtube
- facebook
- whatsapp
- instagram
- telegram
- netflix
- iflix
- tonton
- astroonthego
- hypptv/unifitv/playtv
- etc, etc ...Β
Β
TQ
Β
-
@Huzaimy
Setiap cadangan bagi tambahan aplikasi akan dikaji sepenuhnya oleh Yoodo. Sebagai contoh, semasa mula diperkenalkan pada Februari 2018, apps yang ada ialah FB, insta dan youtube. Masa tu cadangan app yg paling popular ialah whatsapp dan spotify.
Akhirnya setelah dikaji dan diuji, pakej whatsapp diperkenalkan dalam bulan Ogos 2018 dengan harga yg sgt ohsem - RM5 utk 20gb. Pakej ni membolehkan anda terus berwhatsapp pada kelajuan tinggi walaupun data internet dah kering. Sesuai bagi ibu bapa yg sentiasa kehabisan data disebabkan anak-anak.
Kini dengar katanya pakej/addon Spotify akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Dan kalau Yoodo terus mendapat sokongan pengguna, akan banyak lagi apps yang akan ditawarkan.
Please sign in to leave a comment.
Comments
29 comments