Cara untuk Hubungi Agen Yoodo melalui Live Chat
Thread ini khas utk pengguna-pengguna baru Yoodo.
Anda membaca berulang-kali bila sesuatu perkara itu berkaitan isu-isu teknikal, pengguna-pengguna sedia ada Yoodo atau pun para superuser selalu menulis "Sila rujuk kepada Live chat."
Mungkin masih ada yg tidak mengetahui bagaimana untuk gunakan live chat melalui app Yoodo. Berikut adalah cara utk menggunakan livechat.
1. Buka app Yoodo anda. Anda akan tiba ke screen ini. Klik "Help" pada sudut paling bawah sebelah kanan.
2. Anda akan tiba ke screen ini. Skroll screen tersebut sehingga anda tiba pada bahagian paling bawah.
3. Bila anda tiba ke bahagian paling bawah screen tersebut, anda akan melihat button "live chat". Hanya klik button tersebut dan anda dalam proses menghubungi seorang Agen Yoodo.
Akhir sekali, sekiranya tiada Agen Yoodo yg available, anda boleh sahaja submit ticket utk permasalahn anda. Hanya tekan button "Submit Ticket" yg terletak di bawah button "Live Chat."
Semoga thread ini dpt membantu yg masih tidak tahu bagaimana menggunakan live chat.
-
Thanks EARIE BIN MADIUS ! :D
-
MOHD KHAIRUL ANUAR BIN YAACOB, ya betul...telco lama anda & telco baru (Yoodo) adalah dua servis pembekal yang berbeza. Kredit mahupun apa-apa perkhidmatan dari telko lama tidak akan dapat dibawa ke telko baru. Saya cadangkan cik habiskan dulu nilai yang ada di telko lama tu kemudian beralih keluar & masuk ke telko baru.
-
ZAN BINTI KHAMIS boleh juga hubungi livechat, sediakan gambar selfie untuk di upload ke livechat nanti agent livechat akan unsuspendkan line selepas dapat gambar selfie tu..
Please sign in to leave a comment.
Comments
20 comments