Error Oops! An error occured
pengaktifan sim terbantut disebabkan masalah yg berlaku selepas memasukkan kod OTP dlm payment gateway braintreepayments. harap pihak syarikat menyediakan alternatif pembayaran menggunakan online banking di malaysia
pagi tadi saya telah mengaktifkan sim card saya beberapa kali dan akhirnya berjaya. malam ni walaupun dicuba berbelas kali pada akaun kawan, tapi masih belum berjaya.
-
Kami memohon maaf diatas kesulitan proses pembayaran yang dialami oleh ZUL HILMI BIN RAMLI . Adakah kawan @zulhimi telah menghubungi pihak bank bagi pengaktifan debit online transaksi?Selalunya masalah ini terjadi kerana sesetengah pengguna tidak mengaktifkan debit online transaksi. Kalau kawan anda telah mengaktifkan debit online transaksi anda juga boleh cuba restart semula telefon bimbit kerana berkemungkinan terdapat web browser history. Dan berkenan cadangan tersebut, kami akan ketengahkan kepada pihak atasan. Segala perkembangan akan kami nyatakan diruangan ini yee? Terima kasih :)
-
ya, kawan baik saya dah menghubungi cimb (+603 6204 7788) dan telah mengaktifkan debit card utk pembayaran secara online (e-commerce). insyaAllah, petang ni dia akan cuba lagi dan saya akan update lagi di sini.
cadangan :
1. buat nota dlm app supaya mengaktifkan fungsi e-commerce dgn pihak bank jika menggunakan debit card
2. ada option delete debit card / credit card dan tidak menyenaraikan kesemua kad yg pernah dicuba utk melakukan pembayaran (setelah kad pertama, ke-2 atau seterusnya gagal). -
Hi ZUL HILMI BIN RAMLI cadangan baik tu!
#2 sudah ada sekarang. Ataupun boleh hubungi ejen kami melalui Live Chat untuk delete details tu ;)
-
Hai ZUL HILMI BIN RAMLI :) Adakah kawan anda telah berjaya mengaktifkan debit online transaksi? Jika anda masih mempunyai keraguan anda boleh nyatakan diruangan ini atau menghubungi ejen kami melalui Live chat ya? Terima kasih :D
-
Saya try dari last week failed. Bila contact live chat salahkan model phone x support. It's clearly payment gateway issue. Sebab try order sim pun ada issue bila masukkan payment method. X lepas2 walau berhari cuba. Train your live chat staff to be more professional. Other app if phone not supported, then unable to install. Ini kat web pun ada issue. Phone pun ada issue. So frustrated. Debit kad tu memang selalu beli online dan phone yg guna tu memang pernah activekan sim tanpa issue
-
Hi ZUL HILMI BIN RAMLI, boleh kongsikan penyelesaian yg kawan u buat. macam mana boleh setel? Sebab, kawan saya pun mengalami masalah yg sama dan sehingga kini masalah belum selesai...
sedih sangat~ sob sob
-
ZUL HILMI BIN RAMLI masalah saya settle bila tukar phone android 5 ke atas..baru payment gateway boleh go thru....memilih nauuu yoodo ni..hahaha
-
salam..
tak sempat nak reply disebabkan kalut (sibuk) dgn kerja. bulan lepas, saya dah buat promosi bersungguh2 utk mendapat komisen RM20 bagi setiap downline tapi semangat itu menjadi senghot (down). saya ada 5 sim card baru dgn kawan2 yg sampai sekarang depa (mereka) masih belum boleh diaktifkan !bukan setakat debit card kengkawan yg saya bantu utk aktifkan fungsi commerce (sms, telefon bank), malah saya sanggup 'menggadaikan' debit card saya utk mengaktifkan akaun depa (mereka). terbaru pagi ni, masalah cannot authorize, check network connection. ingat ! bukan semua pengguna ada credit card.
setakat ni, saya tak mau la nak kempen 'viral' besar2an utk tidak menggunakan yoodo. tapi ini peringatan saya utk syarikat yoodo :
* new member dan current member akan fed-up dgn masalah payment gateway yg tidak banyak pilihan. yoodo terlalu bergantung harap kpd payment gateway tidak mesra rakyat Malaysia dari Braintree Payments (Paypal). ~ maybe yoodo perlukan bantuan developer lain yg lebih power !
* di dlm negara, kita ada banyak payment gateway yg established seperti myclear, ipay88, molpay, eGHL, senangpay dan banyak lagi !
* persaingan MVNO sangat sengit. diharap yoodo buat swot analysis utk berdiri sama tinggi dgn MVNO lain seperti onexox. apatah lagi kalau nak lawan MNO (celcom, maxis, digi, umobile) memang jauh lagi la.
* yoodo harus berada di situasi pelanggan, bukan berada di situasi developer yg boleh katakan sebagai 'syok sendiri' dgn app sedia ada dan 'memaksa' pelanggan baru (orang kampung) utk terkial2 belajar mcm mana nak aktifkan sim card.
* saya bercadang nak jumpak sendiri CEO yoodo utk sembang direct. tapi tak tau nak buat mcm mana (tujuan : membuktikan betapa mudahnya app lain (buatan malaysia) dlm pemotongan debit card.
so, harap reply post saya kali ini di upvotekan oleh pengguna2 yoodo baru yg sangat tidak berpuas hati dgn sistem yoodo yg banyak menyusahkan pelanggan semasa proses pendaftaran.
"janganlah kita menjadi sebuah syarikat yg ketegaq tak mau nak berUBAH (PAYMENT GATEWAY ) dan rasa kita betui semuanya lalu menjadikan pelanggan semuanya salah lagi pekak badak dan mangkaq (apa sekoq pun tak tau)".
akhir kata, harap yoodo tak ambik ati, ini adalah saranan ikhlas dari saya. ambiklah teguran saya ini sebagai teguran yg membina, bukan meruntuh.
: (
cc: developer yoodo dan ceo (tak tau link depa) -
Saranan terbaik @ZUL HILMI BIN RAMLI
Kita tgk apa feedback dari pihak yoodo nnt berkenaan masalah ni
Ya saya pun ada masalah serupa berkenaan pengaktifan sim yoodo utk rakan2 saya
Baru2 ni kelmarin, sampai sanggup saya on the phone dgn dia selama lebih 40 minit utk ajar step by step, tapi jugak masalah pengaktikfan debit card dia mengalami masalah sama
Nak ckp memilih phone high end tak jugak sbb dia pakai iPhone X hehe...
Kita tunggu dan lihat permasalahan ini...Pihak yoodo boleh jugak tgk payment gateway BillPLZ...
-
ya betul tu...mula2 saya beriya2 kempen utk family tapi bila saya cuba aktifkan 3 kad utk family ...byk betul along the way yg bermaslah semasa payment...ie phone tidak compatible...cache kena buang (x semua org tech savvy ya),,,on off phone,,,debit kad x go thru...gateway tak berjaya sampai berkali kali buat mereka sungguh down,,dan sampai bila saya nak tolong aktifkan guna phone saya dan debit kad saya kan,,,so due to these hiccups i put a halt on promoting yoodo..walaupon saya tahu yoodo plan is so good...pls yoodo do consider these serious issues ,
-
FAIZUL BIN MOHD DOM ya faizul...terpaksa lebur modal beli phone yg dicadangkan oleh staff yoodo...sampai bila kan nak pinjam hp orang utk activate atau bila nak tukar plan in future...that how eager i am to be yoodoligan...tapi kakak2 abg2 dan makcik2 kita x kan nak minta depa beli phone baru in order to use yoodo...bagi mereka yoodo plan is good sebab kat rumah dah ada wifi...paling byk pon depa nak guna masa keluar jalan2 atau masa tunggu anak2 balik sekolah nak pakai internet so yoodo customise plan suit them perfectly BUT phone pula x ngam,,,,ades
-
dear developers,
harap kalian sihat2 selalu.. jangan lupa tutup pintu rumah rapat2 dan carilah penyelesaian terbaik utk payment gateway :D
sebelum ni dah la data telco malaysia dah leaked 42 juta rekod. harap yoodo dapat mempertahankan data peribadi dan gambaq2 kami berselfie sambil goyang kepala dan kenyit2 mata.
yoodo boleh ! -
WOW...apa tu @ZUL HILMI BIN RAMLI
-
Wassalam ZUL HILMI BIN RAMLI :) Kami memohon maaf kerana terlepas pandang komen ini. Terima kasih untuk cadangan yang sangat membina dan kami sangat menghargainya kerana anda sanggup meluangkan masa memberi pandangan yang cukup telus. Pihak Yoodo memahami masalah yang dihadapi oleh para pelanggan, masalah ini juga telah pun dikemukakan kepada pihak atasan dan telah pun di dalam proses. Memandangkan, kami masih baru bernafas di dalam industri ini dan memerlukan masa untuk memperbaiki segala kekurangan. Insha Allah, dengan ada nya pengguna seperti anda yang menyuarakan pendapat dan cadangan kami dapat memperbaiki sedikit demi sedikit. Ketahui lah suara anda di dengari! Kami dalam proses memperkenalkan alternatif lain untuk pembayaran, cuma kami masih memerlukan masa untuk memperbaiki nya. Kami berharap anda dapat bersabar, dan teruskan lah bersama kami 😉
-
alhamdulillah, dah boleh activate new sim card tanpa masalah. mungkin yoodo dah tukar/fix payment gateway. masalahnya saya dan kawan masih belum menerima seorang RM20 utk komisen pengaktifan pada pagi ni. padahal tadi masa di dalam app, tertera perkataan bahawa pengguna (baru) akan menerima RM20. saya terlupa nak screenshot (perihal komisen RM20). diharap yoodo dapat memasukkan RM20 ke dalam wallet kawan saya dan wallet saya.
kelihatan seperti saya terlalu dahagakan komisen RM20, tetapi itulah faktor besar yg menyumbang kami (pengguna) menggunakan dan menyebarluaskan perniagaan yoodo tanpa yoodo perlu hire budak2 yg baru nak up.
bayangkan, agen2 telco lain terpaksa berdiri dlm kepanasan mentari ditepi2 bank semata2 utk menarik pengguna baru, tapi bagi yoodo, pengguna dgn bersemangatnya memberitahu kengkawan sambil TT demi utk mendapatkan komisen RM20 dan seterusnya bergumbira membeli data yg murah (sudah tiada lagi, tanpa peringatan dalam tab icon loceng Notifications. satu penjimatan hebat jangka panjang (walaupun kami x dapat RM tunai) !
apa pun, terima kasih kpd CEO dan developers kerana membuang payment gateway yg menyakitkan hati ramai pengguna sebelum ini, tahniah !
:) -
Hai ABDUL MUHAIMIN BIN MUDA , mungkin anda boleh cuba step ini log out drp akaun lama. Clear app cache d phone setting. Restart phone. Dan log in dgn akaun baru atau hubungi ejen kami melalui Live Chat untuk bantuan selanjutnya. Mereka boleh menyemak dengan lebih terperinci punca terjadinya masalah ini. Terima kasih :)
Please sign in to leave a comment.
Comments
29 comments