CADANGAN: Tambah Kaedah Pembayaran Alternatif

Comments

14 comments

  • Avatar
    FAEZA BINTI AFANDI

    Ramai orang sekarang beli online macam2 barang, baju, makanan guna online banking. Tapi bila nak aktifkan simkad guna kad debit, sos code sampai, tapi caj tak lepas. selalunya mesti macam2 halangan. Tu yang ramai give up.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    ANUAR ZAMANI BIN HAMID

    Selain perbankan online, FPX pon ok rasanya. Lagi banyak kaedah bayar lagi bagus. Yang penting fungsi wallet tu kena bagi betul2 hidup, bukan sekadar utk kredit bonus je, patut pengguna boleh tambah sendiri guna perbankan online atau kad.

    3
    Comment actions Permalink
  • Setuju, bayar guna kad debit mmg macam2 hal la. Kena call bank (telan duit lagi dengar operator), pastu bgtau nak hidupkan transaksi online, tunggu sms. Kadang2 bank suruh datang ke kaunter (hari kerja wei).

    Akhirnya terperap je la simkad tu.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    MAIMUN BINTI YUNUS

    Bagi la pengguna topup kredit masuk ke dlm wallet. Takde la isu kad debit tak lepas. Kadang2 kad debit takde masalah, tapi masa nak sambung langganan, duit dlm bank pulak kering, ha3. Klu isi kredit siap2 dlm wallet kan senang. Setuju dengan cadangan di ats.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    NUR AISHAH BINTI ANUAR

    Cadangan tuan memang ada merit. Majoriti pengguna dah biasa dengan tambah nilai. Sampai ada yang pegi cari topup yoodo kat kedai, haha. Ni kes anak yang tolong aktifkan sim bapak.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    MOHD YAZID BIN MOHD IDRUS

    Sokong, ada beberapa orang dalam forum Lowyat.net merungut pengaktifan dan pembayaran adalah sukar. Selagi Yoodo tak meletakkan alternatif lain, ini menyukarkan untuk menarik minat pelanggan baru.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    theJeff Yoodo Staff

    ahh memang baik! kami sememangnya dalam proses memperkenalkan beberapa kaedah pembayaran alternatif. Bermulanya dengan PayPal, kemudian melalui Boost App dan seterusnya secara perbankan online!

    Kami akan beri maklumat lanjut bila ada pengesahan tarikh untuk kaedah2 baru ini yea? :)

    3
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    MOHD TAUFEK BIN MOKHTAR

    Perkara nie sy pernah bangkitkan sebelum nie, tapi mcm dipandang sepi oleh pihak yoodo.. Sy pernah cadangkan supaya fungsi pada wallet dihidupkan sebaik mungkin.. Pendapat sy secara personal, lebih baik dahulukan fungai untuk online banking dan FPX daripada gunakan paypal atau boost app, kerana rata2 pengguna lebih mesra bila menggunakan perkhidmatan tersebut jika nak dibandingkan dengan paypal dan boost app..

    Jika online banking dan FPX boleh dilakukan, benarkan fungsi tersebut kreditkan jumlah terus ke bahagian wallet. Bila jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam wallet, pihak yoodo boleh terus buat deduction untuk renew plan pada wallet tersebut. Bagi saya cara nie lagi mesra pengguna dan lebih memudahkan daripada guna debit card.

    Perkara nie sepatutnya diberi penekanan yg paling utama kerana rata2 pemerhatian sy dari komen2 user yg baharu untuk megaktifkan sim card, user ini akan ada masalah bila hendak mengaktifkan sim card kerana urusan debit gagal dilakukan atas sebab2 tertentu.. Sepatutnya yoodo kene fikirkan cara untuk setiap user dan new user sebagai pemudah cara bagi mengelakkan user2 yg sedia ada dan new user frust dan hilang kepercayaan dengan khidmat yg ditawarkan oleh anda.. Suara user adalah keramat..

    2
    Comment actions Permalink
  • Betul. Sebelum ni pun saya dah bangkitkan perkara ni. Mungkin pihak Yoodo terlepas pandang kot.

    Lebih baik jadikan kad tambah nilai (top-up) sebagai salah satu kaedah pembayaran alternatif. Lagipun Yoodo kan anak syarikat Celcom, apa salahnya jadikan kad tambah nilai celcom sebagai medium pembayaran. Baki lebih pula boleh masukkan ke dalam Wallet yang sedia ada.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    AINI BINTI CHE AHMAD

    3 perkara asas prabayar yg nampaknya Yoodo terlepas pandang atau mengambil masa agak lama utk laksanakan:

    1) perbankan online
    2) pakej whatsapp
    3) data 1gb/2gb utk sejam/sehari

    Telco lain (maxis, digi, umobile, termasuk celcom sendiri) ada tawaran di atas sebab memang ada permintaan tinggi pelanggan. Bila ada volume, mesti la ada profit. Situasi menang-menang kan?

    1
    Comment actions Permalink
  • Saya masih menunggu pihak Yoodo untuk aktifkan fungsi missed calls notifications dan juga calls forwarding. Harap akan ada penambahan disamping khidmat lain yang diutarakan pengguna disini.

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    Ninieys Yoodo Staff

    Terima kasih semua di atas maklum balas yang cukup bagus sekali ;) Sememangnya kami sentiasa menitikberatkan semua cadangan para pelanggan, dan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan nya kerana suara keramat anda didengari ! Kami berharap para pelanggan dapat bersabar, kerana kami cuba melaksanakan setiap cadangan secara berperingkat. Teruskan lah bersama kami, dan nantikan kejutan yang bakal terjadi 😊

     

     

     

     

    1
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    MOHD YAZID BIN MOHD IDRUS

    Alamak! ada keramat pulak.. risau ni. Ok, saya secara dasarnya bersetuju dgn beberapa cadangan alternatif pembayaran ke dalam wallet. Kita faham yoodo mahu kelainan, unik dgn digital sepenuhnya. Tapi kalau dapat diadakan 1 alternatif tanpa melibatkan institusi kewangan untuk pembelian, contohnya e-pay atau xpax reload, itu sangat2 dialukan. Antara lain sangat memudahkan pihak ke3 melakukan pembelian. Sangat berharap agar yoodo menilai semula perkara ini.

    0
    Comment actions Permalink
  • Avatar
    Ninieys Yoodo Staff

    haha JENG JENG JENG....... 

    Sekali lagi, terima kasih di atas cadangan yang cukup bagus itu MOHD YAZID BIN MOHD IDRUS  ;) Akan kami mengemukakan cadangan @yazid kepada pihak atasan. Segala perkembangan berkenan cadangan ini akan kami nyatakan disini ya 😉

    0
    Comment actions Permalink

Please sign in to leave a comment.