Jika anda memilih NOMBOR BARU
Ketibaan pelan mudah alih digital seperti Yoodo membolehkan pengguna untuk mengekalkan nombor lama atau pun menggubah nombor mengikut selera masing-masing. Memilih nombor baru lebih cepat tanpa perlu menunggu lampu hijau daripada telco asal.
Dalam kes Yoodo, pengguna boleh memilih kombinasi 4 angka yang unik atau istimewa bagi mereka. Bagi yang terlebih kreatif, satu keluarga mereka bertukar ke Yoodo dan semuanya menggunakan nombor telefon yang sama, kecuali 4 digit yang terakhir mengikut tarikh lahir!
Perlu diingat bahawa menggunakan nombor telefon baru juga memerlukan beberapa tindakan susulan yang agak meletihkan. Ya, anda dapat mengelak daripada menunggu bagi mendapatkan 'keizinan' untuk bertukar telco. Tapi natijah menggunakan nombor baru pula ialah anda perlu menghebahkan semula no anda supaya tiada masalah komunikasi di masa hadapan.
Pihak-pihak berikut perlu segera dimaklumkan jika anda menggunakan nombor baru:
1) Keluarga, rakan, persatuan
2) Bank
3) Insurans
4) Amanah saham
5) Pembiayaan
6) Lain2, mengikut keperluan.
Kemaskini nombor mungkin kedengaran seperti mudah jika anda hanya perlu menelefon pihak-pihak di atas atau ke mesin ATM. Tapi tidak semua pihak sebegitu. Sebaliknya masih ada pihak yang memerlukan anda menampilkan diri ke pejabat mereka semata-mata untuk mengemaskini no telefon terutamanya bagi urusan kod pengesahan transaksi (tac) atau pembelian atas talian (msos).
-
MUHAMMAD AZLAN SHAHBIN CHE AHMAD anda adalah....
Please sign in to leave a comment.
Comments
2 comments