RM30/bulan dengan Yoodo
Salam/Selamat Sejahtera.
Dalam dunia prabayar mudah alih, penggunaan RM30 sebulan adalah antara yang paling digemari ramai, setelah mengambil kira kos sara hidup yang lain.
Jadi dengan bajet sekitar RM30 sebulan, apa yang anda boleh dapat dengan Yoodo?
1) Data 5GB (3G/4G) bebas diguna setiap hari - > RM28.30
Bagi generasi muda yang memaksimumkan penggunaan internet dan media sosial. Tak memerlukan panggilan telefon kerana lebih selesa berwhatsapp sahaja.
2) Data 3GB, panggilan 33 jam ke semua talian - > RM30.20
Pelan gabungan data dan panggilan untuk golongan berkeluarga/bekerja. Boleh berinternet, berfacebook dan tiada masalah untuk menelefon sesiapa sahaja.
3) Data 2GB, panggilan 33 jam, sms 100 - > RM30.20
Sesuai untuk golongan berumur. Mereka tidak memerlukan banyak data, tetapi suka menelefon ahli keluarga dan sahabat jauh dan dekat. SMS digunakan untuk menghubungi kenalan yang masih guna Nokia 3310.
4) Panggilan 33 jam, sms 2000 - > RM30.20
Untuk golongan tua yang langsung tak pernah dengar tentang Google. Panggilan 33 jam sebulan lebih daripada cukup untuk bergosip dan bernostalgia dengan kawan-kawan lama. SMS 2000 dihabiskan oleh cucu yang suka main henpon nenek.
5) Data 2GB, sms 2000 - > RM33
Golongan yang hanya berkomunikasi melalui alam maya mungkin sesuai dengan pelan ni. Data dan sms 2000 dihabiskan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka. Kalau ada orang telefon, jangan haraplah dia nak angkat.
-
Yess ! MUHAMMAD AZLAN SHAHBIN CHE AHMAD memang terbaikkk !😍😍
Sebab itu dengan Yoodo kami percaya #yoodoitbetter 😎😎 Rancang plan anda mengikut keperluan dan kehendakk anda sendiri. Wallaaaaaaaaa 😄
-
Kalau ikut survey yang dilakukan oleh SosCili, sebenarnya golongan yang berumur yang celik IT adalah merupakan pengguna internet tegar. Sama juga dengan mak saya di kampung, sejak pakai telefon pintar memang tidak lekang dengan Whatsapp dan Facebook selain daripada membaca berita secara dalam talian.
Logiklah, usia emas masa lapang pun banyak.
Please sign in to leave a comment.
Comments
3 comments