Penggunaan Masuk Bulan Kedua (REVIEW)
Hari ni masuk bulan kedua saya menggunakan Yoodo. Bulan lps saya membelanjakan RM28.50 untuk pelan [panggilan 33 jam dan data 9gb]. Itu hanya bagi penggunaan peribadi saya dan tidak termasuk 8 ahli keluarga lain yang telah berhijrah ke Yoodo.
Bulan ini pula saya memilih pelan panggilan suara 33 jam dan data 5gb yang melibatkan kos RM39.62. Apa yang boleh saya katakan ialah saya masih berpuas hati dengan kualiti panggilan suara, kelajuan internet 4G+ dan harga berpatutan yang ditawarkan oleh Yoodo.
Selain ahli keluarga, kawan2 yang lain juga ada yang mula berhijrah ke Yoodo atau sekurang-kurangnya menjadikan Yoodo sebagai sim tambahan. Tarikan utama bagi mereka sudah tentulah pelan panggilan suara yang sangat berpatutan harganya iaitu hanya RM11.32 untuk 33 jam panggilan ke semua nombor.
Di sini sekali lagi saya mencadangkan Yoodo menambahbaik tawaran anda dengan memperkenalkan pek data whatsapp dan juga data untuk jangka pendek seperti 1gb/hari atau 1gb/minggu.
TK.
-
Terima kasih untuk review nie MUHAMMAD AZLAN SHAHBIN CHE AHMAD! :)
-
👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
Kalau boleh saya pun nak galakkan kawan2 atau keluarga saya pakai Yoodo sebab until now, saya pakai tak ada masalah pun dari segi line (memang saya lebih suka line celcom berbanding dengan line telco lain sebab coverage) dan harga panggilan dan mesej juga murah. Tapi, tak nafikan harga data yoodo agak mahal jugak berbanding dengan telco lain. 😋 -
Hi HANAN SYAFEA BINTI MOHD ROSLAN, terima kasih diatas pujian dan sokongan anda terhadap Yoodo😊 and and Youuuu go girl tell all your friend and your family about Yoodo!
-
Betul. Pelan data agak mahal. Sebab zaman sekarang semua digital (termasuklah Yoodo) jadi penggunaan SMS dan panggilan biasa tu takda la sekerap penggunaan data. Sekarang kalau nak call pun ramai lebih suka call guna Whatsapp sebab nak jimat.
Kalau pihak Yoodo boleh pertimbangkan lagi harga data ataupun buat pelan data untuk aplikasi sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Snapchat, WeChat (ala kasi can jugak dak dak wicet nak membawang) pun cukup bagus. Letak la quota 10gb pada harga RM15 ke dah okay dah.
-
@suhaimee, @choon mun
Saya setuju yg pelan panggilan mmg murah.
Tp sy tak setuju harga data mahal ke tahap cekik darah.
Hasil perbandingan menunjukkan harga data yoodo sudah berpatutan dan pihak yoodo sentiasa menerima dan responsif dengan cadangan daripada pengguna. Tak macam telco lain. Tahniah untuk itu.
Tapi, saya faham mungkin ketiadaan tawaran harga data untuk jangka masa pendek (harian, mingguan) itu yang memberikan impresi 'harga data cekik darah' kepada sesetengah pengguna.
Kita boleh lihat telco lain boleh tawarkan 1gb sehari berharga rm2/rm3, malah maxis/digi boleh bagi data 1gb sejam percuma setiap hari. Yoodo setakat ni menawarkan 1gb utk rm10, dan sebab itulah yang agak mengejutkan kalau pengguna tak perasan yang harga tersebut untuk tempoh penggunaan sebulan lamanya, bukan sehari, seminggu atau sejam. Tempoh penggunaan juga adalah melibatkan kos, maka lebih lama bermakna lebih mahal.
Saya sebelum ini sudah beberapa kali mencadangkan melalui laman komuniti ini supaya pihak yoodo dapat pertimbangkan supaya turut menawarkan harga data untuk penggunaan jangka pendek.
Kita tahu motto yoodo ialah "hanya bayar apa yang anda guna", tapi tawaran 1gb/bln setakat ini tak berapa menepati konsep tersebut. Kenapa perlu bayar untuk tempoh sebulan kalau pengguna hanya perlu 1gb data dalam tempoh bercuti di kampung atau menunggu train?
-
Kenapa Yoodo kena ikut apa yg telco lain dah tawarkan? Pada saya yoodo ni sesuai untuk mereka yang nak save bills / tak perlukan banyak data unlimited, so mesti ada pro and cons disitu. Saya sebelum ni guna celcom, plan data 10-20gb beralih ke yodoo sebab nak jimat bills dan bole customade bila2 perlu. Tak perlu lagi bayar apa yg tidak saya guna. Saya rasa yoodo kurang sesuai untuk orang yg perlukan data besar, dimana telah banyak pakej data pelbagai plan sudah ditawarkan oleh telco lain.
-
SAIFUL AZLEE BIN TAHIR , ya boleh. 😉
Please sign in to leave a comment.
Comments
16 comments