Penembusan Pasaran
Saya dapati ada beberapa aspek pemasaran Yoodo yang boleh ditambahbaik:
✔️ Penggunaan Bahasa Malaysia
Setakat ini, bahasa utama yang digunakan oleh app, laman web dan video pemasaran Yoodo adalah bahasa Inggeris. Jadi seharusnya Yoodo turut sama memperkayakan kandungan yang telah dialih bahasa kepada BM bagi mempermudahkan penembusan pasaran. Ini kerana terdapat golongan besar masyarakat yang lebih selesa dengan untuk melayari web, app, dan video informasi dalam BM berbanding BI. Menguasai bahasa Inggeris di Malaysia adalah memang penting tetapi tidak bermakna kita perlu mengambil mudah bab kefasihan penuh bahasa rasmi.
✔️ Pembayaran digital
Yoodo adalah pelan prabayar yang bersifat digital sepenuhnya. Jadi tiada keperluan membeli tambah nilai di kedai runcit atau stesen minyak. Memandangkan Yoodo menggunakan kaedah pembayaran menggunakan kad kredit dan debit, seharusnya penekanan khusus diberikan kepada perkara tersebut. Bakal pelanggan yang hanya memegang kad debit harus diberikan info lengkap bagaimana mengaktifkan kad mereka untuk transaksi atas talian. Contohnya; kad debit CIMB perlu diaktifkan melalui sms, tetapi Affinbank hanya membenarkan pengaktifan kad debit melalui telefon. Tanpa penerangan tersebut, tidak mungkin golongan ini dapat menjadi pelanggan Yoodo.
-
Hi En MUHAMMAD AZLAN SHAHBIN CHE AHMAD, terima kasih untuk pandangan dan cadangan anda. Kami amat menghargai dan mengalu-alukan ahli komuniti Yoodo untuk berdialog dengan kami seperti ini.
Jangan risau, kami akan mengajukan maklum balas encik Azlan kepada pihak yang berkenaan untuk menambahbaikkan sistem Yoodo untuk semua pengguna kami.
Please sign in to leave a comment.
Comments
1 comment