Cara Membuat PEMINDAHAN dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Cara Membuat PEMINDAHAN dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Login I-Akaun
Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
Klik Teruskan.
Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
Peringatan Penting
Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
Klik Teruskan.
Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
Perakuan Ahli – Klik Terima.
Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)
Sila rujuk video daripada KWSP
Please sign in to leave a comment.
Comments
8 comments