Tips sebelum balik kampung
Hari Raya makin hampir. Antara aktiviti kita semua adalah beraya dikampung.
Oleh itu, saya kongsi beberapa tips sebelum balik kampung, terutamanya mereka yang akan pulang ke kampung.
- Servis kenderaan (kalau naik public transport, tak payah la π)
Pastikan kenderaan korang dalam keadaan tiptop. Bukan sahaja engine. Tapi keadaan aircond dan paling penting tayar berada dalam keadaan baik ππ»
- Bayar semua bill bill rumah, electricity, air, etc... Korang tak nak raya sakan lepas tu sedar budget untuk keperluan asas dah habis
- Rancang perjalanan. Pastikan korang dah rancang waktu perjalanan yang korang rasa sesuai. Pastikan dapat rehat yang cukup :)
Ni antaranya, kalau korang ada nak share silakan. Jangan malu malu ya :)
-
Tips untuk yang bela kucing...
- Kalau tak nak bawak kucing balik kampung. Kena booking pet hotel awal awal. Tapi kalau balik kampung tak sampai lima hari. Boleh sediakan beberapa tempat pasir untuk kucing anda. Boleh juga beli pet feeder yang gunakan timer. Set makan, 2-3 kali sehari bergantung pada jumlah kucing dirumah anda. Untuk minum boleh guna water fountain yang khas untuk kucing -
Nak beli CCTV mahal la...
Sekarang kebanyakan CCTV harga mapu milik guys. Dan kebanyakannya juga boleh link dengan wifi. Pasang satu dan letakkan di kedudukan yang sesuai. Setiap hari korang monitor la keadaan rumah, supaya hati korang tenang βΊ.
Yang best bila ada CCTV ni, boleh juga monitor keadaan kucing atau haiwan peliharaan anda βΊ -
Perkongsian hari ni...
Kalau balik kampung, jangan lupa tutup toilet seat korang. Ye la, dah travel dari kampung balik ke rumah. Kena jem pulak tu. Sampai rumah terus akan ke toilet. Tak nak masa duduk kat koilet, tetiba ada lipas atau labah labah keluar kat mangkuk tandas tu kan π
Please sign in to leave a comment.
Comments
31 comments