Tahun Baru Cina: Tol Percuma 8 & 9 Februari
Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, pada 8 dan 9 Februari ini.
ย
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebih raya bermula jam 12.01 tengah malam pada 8 Februari (Jumaat) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari (Sabtu).
ย
Please sign in to leave a comment.
Comments
9 comments