Info - Berita/ Index Pencemaran Udara Terkini
NDEKS PENCEMARAN UDARA | 14 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.
Sementara itu, semua aktiviti luar bilik darjah perlu dibatalkan jika bacaan IPU melebihi 100.
-
Jumlah kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri setakat 9 pagi ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu kota merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164, diikuti Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan yang masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.
-
Source: BHarian
-
Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS). Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU, sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu
dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan.
Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, ia merupakan antara tindakan yang akan dilakukan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) berpandukan kepada tahap amaran tertentu yang ditetapkan mengikut status kualiti udara iaitu bacaan IPU dan petunjuk kepada kesihatan awam. Langkah lain ialah NADMA akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.
https://malaysiagazette.com/2023/10/02/sekolah-tadika-taska-ditutup-jika-ipu-melebihi-200/
-
Source: SinarHarian
-
Source: BHarian
-
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
"Kita minta semua sekolah pantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan patuhi garis panduan dan arahan yang berkaitran dengan keselamatan cuaca... kita sudah ada pengalaman ini dan kita teruskan sahaja, tiada masalah," katanya.
-
Source : SinarHarian
-
Source: Buletin TV3
-
Jerebu semakin buruk di Indonesia dengan keadaan berasap melitupi bandar Palembang ketika mana kebakaran di lebih 300 hutan dan tanah gambut di Sumatera masih gagal dipadamkan sepenuhnya.
Keadaan sedemikian mendorong pegawai kerajaan meminta untuk pekerja tidak keluar sebaliknya bekerja dari rumah.
-
Source : SinarHarian
-
Source : Buletin TV3
-
Source : SinarHarian -
pic credit: Mokumentary
-
Source : SinarHarian
Please sign in to leave a comment.
Comments
30 comments