Katsuobushi: Makanan Paling Susah Dibuat Di Dunia
Tahu tak pasal katsuobushi ni? Kalau tak tahu, pernah dengar 'bonito flakes'? Ya! Yang kepingan ikan menghiasi takoyaki yang biasa korang beli tu!
Bonito flakes atau katsuobushi ni ialah makanan awet dari daging ikan tongkol atau katsuo yang dihiris halus. Makanan asas ni memang wajib ada kalau menghidangkan makanan Jepun. Kalau takde makanan ni, tak lengkap hidangan Jepun punya!
Sebenarnya, susahnya cara nak buat katsuobushi ni bukannya sampai korang fikir orang Jepun je yang boleh buat. Kita sendiri pun boleh buat kalau ada ikan tongkol. Yang susah dia ialah cara pembuatannya yang begitu rumit.
Mula-mula, ikan tongkol disiang dulu dengan buangkan kepala dan jadikan dagingnya dalam bentuk filet. Kemudian filet ini direbus selama 100 minit (bergantung saiz filet). Lepas direbus, filet ikan ini disalai guna arang kayu oak selama 5-6 jam. Lepas salai, rehatkan dulu filet tersebut, kemudian salai lagi sebanyak 12-15 kali.
Teknik salai ini diperlukan bagi hilangkan sisa air dalam filet ikan ni. Filet ikan lepas disalai akan dijemur seketika. Selepas itu filet dilumur dengan sejenis kulat iaitu Aspergillus glaucus dan dibiarkan menapai isi ikan selama 2 minggu (4 bulan kalau buatan kilang).
Lepas ditapai, filet ikan akan mengeras seperti kayu. Bunyi filet mengetuk filet lain biasanya bunyi kayu diketuk. Beginilah rupa katsuobushi selepas selesai melalui langkah-langkah yang rumit ini.
Tapi, belum siap lagi ni! Katsuobushi kena dihiris dulu menggunakan sejenis alat bernama katsuobushi kezuriki. Rupa dia macam ketam kayu tapi khas untuk katsuobushi. Katsuobushi dihiris inilah orang Jepun panggil sebagai kezuri-bushi.
Kerana penyediaan yang rumit inilah, Guinness World Records mewartakan makanan Jepun ini adalah makanan paling susah dibuat dunia! Jadi, korang nak cuba tak sediakan katsuobushi ni?
Oleh: Dans CKays
Please sign in to leave a comment.
Comments
23 comments