Merdekakah kita?
Tahun ini masuk tahun ke -66 Malaysia merdeka. Persoalannya, apakah kita benar2 merdeka? Secara harafiahnya, Negara kita mmg sudah bebas dari belenggu penjajah dan menjadi negara merdeka yang mampu berdiri sendiri tanpa bantuan pihak lain. Saat 31 Ogos 1957, tatkala bendera Union jack diturunkan dan Tunku melaungkan kata laungan "merdeka" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Kita sana sini masih bangga dengan pencapaian negara selepas merdeka, tetapi apakah kita benar benar sudah merdeka?? Dengan pudarnya budaya ketimuran dan cara pemikiran rakyat yang masih terhad dengan mudah terpengaruh dengan suntikan budaya luar, menunjukkan kita masih belum merdeka.. Apakah kawan2 setuju dgn pernyataan saya ini?
-
Malaysiaku..
Merdekakah kita?Jika di saat ini masih bersangka2
Jika di saat ini bermusuh sesama bangsa
Jika di saat ini rasuah bermaharajalela
Jika di saat ini kepincangan berleluasaMerdekakah kita?
Jika di saat ini masih ditakuk lama
Jika di saat ini masih meminta minta
Jika di saat ini hanya melihat tanpa suara
Jika di saat ini hanya menuding tanpa bicara
Jika di saat ini hanya berdiri tanpa berlumbaMerdekakah kita?
Jika kita masih lagi leka
Jika kita masih lagi malas berusaha
Jika kita masih lagi membuang masaWahai bangsaku!
Sedarlah dari lena
Atau terus leka
Hingga negara hilang dari peta dunia..Waktu itu tiada guna
Tak perlu sudah rasa gundah gulana
Tak perlu sudah rasa hilang segala
Menyesalpun tiada gunaMalaysiaku!
Marilah bersatu hati
Membangunkn negara tercinta ini
Air setitik jadikan tasik
Tanah segumpal jadikan gunung
Pasir secubit jadikan pulauMarilah kita bertaut kembali
Tasik..gunung dan pulau bersatu hati
Moga gemilang cemerlang terbilang bumi bertuah ini!Malaysiaku 66 tahun
Merdeka! -
Kemerdekaan pada zaman ini bukan sahaja dari segi pemerintahan tanah, tetapi juga dari segi keselamatan dan berdikari.
1. Ekonomi
Kita harus mempunyai kemampuan untuk mencetak wang sendiri (contohnya BNM mencetak wang Ringgit), dan nilai wang yang dicetak tu diakui seluruh dunia.
Tengoklah apa yang terjadi di Zimbabwe, Venezuela, Sudan, Lebanon, Syria, dsb.
Walaupun kerajaan boleh cetak wang untuk kegunaan rakyat, tapi nilai wang itu merosot dengan pantas sampai tak bernilai. Negara mengalami inflasi yang tinggi, ekonomi terjejas, rakyat sengsara. Jadi negara tu tak merdeka dari segi ekonomi.
2. Makanan dan air
Kita harus mempunyai stok makanan dan air kegunaan harian yang mencukupi.
Jika terpaksa mengimpot makanan atau air untuk kegunaan rakyat setiap hari, maka tiadalah kemerdekaan dari segi keperluan asas rakyat.
3. Tenaga dan bahan api
Sama juga keadaannya dari segi tenaga lektrik dan bahan api sebagai keperluan asas rakyat.
4. Teknologi
Kalau tiada kemampuan membuat mesin di negara sendiri, mampuslah perindustrian di negara tu jika bekalan mesin diputuskan oleh negara yang membuatnya.
Kalau tiada kemampuan membuat senjata api di negara sendiri, tak mampulah negara tu berperang jika bekalan senjata api diputuskan oleh negara yang membuatnya.
Kalau tiada kemampuan membuat CPU dan komponent IT di negara sendiri, tak mampulah negara tu berperang di cyberspace jika bekalan ICT diputuskan oleh negara yang membuatnya.
Ini memang kisah benar yang kita boleh tengok apa yang terjadi pada negara-negara yang kena embargo dulu dan sekarang.
5. Kesihatan
Masa MCO Covid tu, semua orang tak ada kemerdekaan di seluruh dunia. Jadi, kemerdekaan juga tertakluk kepada teknologi perubatan yang boleh mempertahankan dan merawatkan kita daripada ancaman penyakit maut.
-
Pemikiran masih dijajah, skrg masih ramai yang doakan kehancuran negara, tiada lagi semangat patriotisme, dengan bangga caci dan hina negara sendiri, tidak menghormati sesama sendiri, tiada hormat agama dan bangsa, juga pemimpin! Semakin bangga dengan budaya luar, bila ditegur dikatanya, ini zaman baru....tak hormat rukun negara, mencetus perpecahan...menyedihkan. tq yus untuk topik ni, mmg saya rasa minda rakyat malaysia kini sudah tidak merdeka lebih kepada semakin terjajah
-
Salam semua, saya Yusmizam, boleh panggil Abu, saya dah lama guna Yoodo, tp baru harini nk join community, bila explore, nmpk topik ni mcm memanggil saya bagi komen.
Sebenarnya, saya nampak sekarang, rakyat Malaysia terlalu selesa sehingga lupa jati diri sebagai rakyat yang medeka, pemikiran yang jumud dan tidak ke hadapan, sukar menerima perubahan baik, malah lebih gemar mengkritik untuk menjatuhkan serta lupa tanggungjawab sebenar sebagai rakyat merdeka. sikap begini boleh menggugat negara sehingga mampu mengganggu kestabilan ekonomi dan sosial negara...
Sedarlah, naratifnya, pengaruh budaya luar semakin menjajah pemikiran kita yang semakin merosakkan diri..Ayuh bangkit Malaysiaku, kita Kuatkan semangat patriotisme dan sayangi Malaysia
Please sign in to leave a comment.
Comments
17 comments