Kenapa Makanan Korea Pedas?🥵
Jujur cakap, orang Korea nak hilangkan stress dan sengsara hidup diorang dengan makan makanan pedas
Kebanyakan orang Korea cuba menghilangkan stress, kemurungan dan patah hati dengan memakan makanan seperti tteokbokki, mi dan kuah yang pedas-pedas.
Pedas dia terbahagi kepada 3 tahap.
1. Jjajeung (Pedas Gila)
Makanan ni pedas nak mati sampai buat lidah terbakar, muka berpeluh, mata berair dan hidung berhingus.
Dikatakan restoran makanan terpedas di Seoul, Shingil Spicy Jjambbong dakwa 10 orang pengsan dalam setahun bila makan di restorannya. Malah siap claim lagi, “Kemurungan atau stress dapat diatasi dalam masa 10 minit.”
Biasanya orang yang sedang stress dengan kerja makanan benda ni. Kerana kesengsaraan tahan pedas itu dapat melupakan seketika deadline yang terlepas, dimarah bos, makian klien dan mesin fotostat rosak.
2. Mashi-neun (Pedas Sedap)
Tak macam jjajeung, tahap kepedasannya masih boleh bawak bincang. Pedas yang rasa nak tambah lagi.
Ia membuatkan anda ketagih untuk terus makan dan bagus bagi sesiapa yang sedang patah hati.
3. Siwonhan-mat (Pedas Segar)
Segar yang dimaksudkan tu ialah rasa nyaman efek kuah panas mengalir ke dalam kerongkong dan tubuh. Ibarat makan mi maggi berkuah perisa kari panas-panas semasa hari hujan.
Oleh: Azizul Farhan
Please sign in to leave a comment.
Comments
48 comments