SEA Games Cambodia 2023
Update² terkini medal kemenangan
-
Hasrat skuad hoki lelaki kita menjadi juara bertahan 3 edisi tak kesampaian selepas tewas di penentuan shoot-out. Pemain kita telah buat yang terbaik, tapi nasib tak menyebelahi kita & terpaksa pulang dengan pingat Perak di #SEAGames2023. #SayaSokongHokiMY #BersatuUntukHoki
-
DENJAYNAVEER ASLAM Biasa la... Sukan SEA ni ibarat medan balas dendam tuan rumah. Mana-mana negara jadi tuan rumah berpeluang cerah jadi juara.
-
Ya.. banyak kali diperdebatkan
1. Sukan dipertandingkan ikut tuan rumah sampai ada sukan rakyat negara tu pon dimasukkan.
2. Tuan rumah akan join hampir semua sukan dipertandingkan sebab kos rendah dinegara sendiri.
3. Sukan2 berasaskan mata jadi lubuk emas tuan rumah.
"Diperdebatkan" tapi bila kita jadi tuan rumah pon tetap sama ja kita buat...haha
-
Skuad karate terlepas emas apabila rai kejayaan sebelum pertarungan tamat
Jurulatih skuad karate negara, Tamer Abdelraouf Mourssy berharap barisan atletnya mendapat pengajaran berguna selepas terlepas pingat emas dalam acara berpasukan lelaki pada aksi final Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.
Malaysia tewas 2-3 di tangan Vietnam pada aksi final selepas dilihat berada di landasan terbaik untuk membawa pulang emas tetapi kesilapan daripada atlet baharu, G Kathish pada perlawanan ketiga dan atlet berpengalaman, S Prem Kumar pada aksi terakhir membuatkan Tamer kecewa.
Kedua-dua atlet berkenaan mendahului lawan masing-masing tetapi hilang fokus pada saat akhir pertarungan apabila mereka tidak sabar untuk meraikan kejayaan namun akhirnya tewas.
Tamer diarah meninggalkan gelanggang oleh pengadil kerana menunjukkan reaksi marah kepada Prem Kumar dan jurulatih dari Mesir itu mengakui dia melanggar peraturan dan sewajarnya dikenakan tindakan.
-
Rakyat Indonesia Kecewa, Bendera Dipasang Terbalik Ketika Upacara Pra Perasmian Sukan SEA Kemboja 2023
PETALING JAYA – Tuan rumah Sukan SEA Kemboja 2023 menjadi tajuk utama warga Indonesia hari ini apabila menyaksikan kejadian bendera negara tersebut dipasang terbalik.
Kejadian tersebut berlaku ketika upacara pembukaan sukan terbesar Asia Tenggara ke-32 itu yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo malam tadi.
Bendera Indonesia telah dipasang secara terbalik ketika perarakan bendera-bendera kontinjen negara terlibat dibawa masuk ke stadium terbesar Kemboja itu.
Untuk rekod, bendera Indonesia mempunyai dua warna di mana warna merah berada di atas manakala putih di bawah.
Namun ketika upacara tersebut berlangsung, bendera Indonesia dipasang secara terbalik bertukar menjadi bendera Poland.
Laman web Asean Skyline yang memaparkan berkenaan sejarah tersebut turut diserang oleh netizen Indonesia yang sedih dengan kejadian tersebut.
“Ini bukan kali pertama, dulu pernah berlaku. Saya harap penganjur lebih peka selepas ini, ” kata seorang pengguna media sosial.
“Selamat datang Poland ke Sukan SEA, orang di sini rendah-rendah jangan main betul-betul ya,” tulis Ly Fong.
-
Acara Serah Pingat Bercahayakan Lampu Kereta Di Sukan Sea Kemboja Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Sabtu lalu, telah berlangsungnya upacara perasmian temasya dwitahun terbesar Asia Tenggara iaitu Sukan SEA yang ke-32 di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan temasya Sukan SEA pertama di bumi Kemboja selepas penantian selama 64 tahun.
Difahamkan, Kemboja sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun 1963 namun telah dibatalkan kerana situasi politik ketika itu.
Jadinya, Kemboja telah menawarkan tiket percuma untuk kesemua tempat pertandingan dan juga tiada hak eksklusif penyiaran untuk semua jenis acara.
Ini menjadikan Kemboja sebagai tuan rumah pertama dalam sejarah Sukan SEA yang menampung semua perbelanjaan bagi negara yang mengambil bahagian.
Walau bagaimanapun, sudah tercetus beberapa isu terhadap tuan rumah sepanjang mengendalikan temasya sukan berprestij ini.
Kemboja bertanggungjawab sebagai tuan rumah dikatakan gagal untuk menjadi penganjur yang baik apabila fasiliti dan kelengkapan mereka dianggap tidak sesuai bagi acara sukan bertaraf antarabangsa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter yang memaparkan jawatankuasa Sukan SEA 2023 hanya menggunakan lampu kereta sebagai sumber pencahayaan ketika acara penyerahan pingat.
Dapat dilihat menerusi video berdurasi 19 saat itu, suasana agak kelam dan hanya pemenang sahaja diterangi cahaya lampu ketika sesi penyerahan pingat. Rupa-rupanya, cahaya yang menerangi ketiga-tiga pemenang pingat acara jalan kaki itu merupakan cahaya daripada lampu kereta.
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya tergamam melihat keadaan serba tidak lengkap yang diberikan pihak penganjur.
Namun, ada juga yang berpandangan mungkin pihak penganjur tiada pengalaman kerana pertama kali mengadakan temasya sukan sebesar ini di situ. Pun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa ia bukan alasan untuk tidak menyediakan kemudahan yang begitu baik.
Terdahulu, Kemboja menerima kritikan daripada warga Indonesia apabila menyaksikan kejadian bendera negara tersebut dipasang terbalik ketika upacara pembukaan sukan tersebut.
Untuk info, kerajaan Kemboja telah pun membelanjakan sekitar 200 juta dollar Amerika Syarikat (RM 884 juta) untuk menjayakan pengajuran Sukan SEA kali ini.
-
Malayan Tigress juga pulang awal
Skuad bola sepak wanita negara mengikut jejak pasukan lelaki apabila terpaksa pulang awal dari Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas 1-5 kepada Myanmar di Stadium Army, di sini, hari ini.
Kekalahan pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A itu menyaksikan skuad kendalian Soleen Al-Zoubi menamatkan saingan tanpa sebarang mata kerana turut tewas kepada Vietnam (0-3) dan Filipina (0-1) dalam dua aksi sebelum ini.
-
Hoe Yean pertahan emas
Emas sulung skuad renang negara di pentas Sukan SEA Kemboja 2023 akhirnya dijelmakan Khiew Hoe Yean dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki, hari ini.
Hoe Yean melakukan catatan 1:48.91 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo untuk mempertahankan kilauan emas yang dimenanginya dalam acara sama pada edisi 2021 di Hanoi, tahun lalu.
-
Ziyad kempunan emas lagi
Atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekali lagi terlepas peluang meraih pingat emas apabila mengakhiri saingan acara lontar peluru lelaki di tempat ketiga di Sukan SEA Kemboja, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu, Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m) namun belum mampu menewaskan pesaing terdekat dari Thailand Jakkapat Noisri dan Thanh Binh Phan yang mewakili Vietnam.
Jakkapat membawa pulang emas selepas melakukan lontaran sejauh 17.84m manakala Binh Phan pula memenangi perak (17.33m).
Please sign in to leave a comment.
Comments
79 comments