Dua Jenis Mi Segera Dikesan Mengandungi Bahan Yang Mendorong Penyakit Kanser🍜
Dua jenis mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, menurut Jabatan Kesihatan Taipei, semalam.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera
📍 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia
📍Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia,
mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.
.
Peruncit - yang sampel mi segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan - telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit
Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.
Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.
Sumber : BERNAMA-CNA
-
Dua mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Spesial jenama Indomie yang sebelum ini diarah ditarik balik susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk itu, disahkan selamat untuk dimakan dan mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan berdasarkan analisis makmal yang dijalankan terhadap sampel dua jenis mi segera itu.
Please sign in to leave a comment.
Comments
63 comments