Call of Duty : Mobile Bakal Ditamatkan??
Microsoft melalui kenyataan yang diberikan kepada Competition and Markets Authority (CMA) dikongsikan oleh CharlieIntel, mengatakan yang perancangan jangka panjang untuk penawaran permainan mudah alih mereka adalah menamatkan sokongan COD Mobile akan dihentikan secara berperingkat selepas Warzone Mobile dikeluarkan.
Pada waktu ini permua Warzone Mobile dijangka akan dilancarkan pada penghujung 2023. Sokongan hanya akan diteruskan untuk pasaran China sahaja.
Buat masa ini masih tidak disahkan lagi jika COD Mobile akan betul-betul ditamatkan, kerana permainan ini tidak dibangunkan oleh Activision secara sendiri, sebaliknya ia sepenuhnya dibangunkan dan diterbitkan oleh TiMi Studios.
Penerbitan COD Mobile di Asia Tenggara juga dikawal selia oleh Garena, dan bukan Activision. Oleh itu, pengumuman ini sudah semestinya mencetus persoalan jika TiMi Studios dan juga penerbit lain seperti Garena ingin menamatkan penawaran permainan ini.
Sejak dilancarkan pada tahun 2019, ia mempunyai hampir 60 juta pemain aktif bulanan. Apakah yang akan terjadi kepada kesemua barangan dalaman dalam permainan COD Mobile kelak juga masih lagi misteri.
Sumber:-
-
Haritu iferg siap Tweet kata CODM tak tutup.. mungkin dia sekadar nak tenangkan hati fans dia haha..
Entahlah apa nasib CODM, nasib aku melabur BP saja, kadang jari gatal juga tekan draw 🤣 & dah 5 bulan tak aktif mobile sejak berjinak ke Warzone tahun lepas..
Izuan masih aktif ke sampai sekarang?
Please sign in to leave a comment.
Comments
5 comments