Wo Long: Fallen Dynasty
*pic gameplay screenshot
Wo Long: Fallen Dynasty baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas pada 3 March. Sedikit mengenainya.. berdasarkan mitologi China, Dinasti Han pada tahun pada 184 masihi, yang penuh dengan peperangan, magik, makhluk aneh, dan fantasi gelap.
Game ini ber'genre action RPG lebih kepada corak Soulslike dan sedikit persamaan seperti Nioh dan Sekiro. Sedia maklum ianya genre soulslike maka tiada difficulty mode yang boleh ditetapkan seperti easy, normal, hard, dibanding mana² game genre lain. Saya sendiri mencuba beberapa hari untuk merasa gameplay namun boleh katakan saya mahu saja giveup!.. pendek cerita boleh koyak jiwa, jari sakit, menguji kesabaran pengalaman merasa game genre ini 😆 tahap pertempuran dengan enemy kecil saja pun dah payah, apakan lagi jumpa bigboss huhu.. semuanya bergantung pada kepekaan dan skill, right timing untuk dodge dan deflect serangan musuh dan disediakan ciri untuk upgrade keupayaan character dan senjata yang digunakan. Jadi bila anda kalah dengan musuh jangan hairan jika ulang kembali dari mula. Grafik menarik, tiada masalah bugs dan FPS yang smooth, size game sekitar 45GB.. tapi untuk harga game ketika ini memang masih tinggi sekitar RM2++ ke RM3++ untuk Deluxe edition. Jika anda mempunyai langganan gamepass, anda boleh menikmati game ini secara percuma.
Dan ini adalah sekadar pengalaman peribadi saya, bukan pendapat profesional. Anda boleh mencubanya sendiri, boleh didapatkan dimana mana platform utama seperti PC (Steam) PlayStation 4&5, Xbox Series. Namun untuk kanak kanak tidaklah digalakkan kerana banyak adengan ganas, dan darah.
Lain-lain thread: [Games]
Please sign in to leave a comment.
Comments
11 comments