A Plague Tale: Requiem 🐭
*pic gameplay screenshot
A Plague Tale: Requiem (2022) ialah sekuel kepada A Plague Tale: Innocent (2019). Sedikit ringkasan, menceritakan tentang adik beradik (watak utama) yang berusaha untuk hidup seperti normal dan mencari penawar untuk menghapuskan kuasa yang juga menyebabkan penyakit kepada Hugo (adik). Ditemani kakaknya Amicia, ibunya dan beberapa orang rakan, mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang mencabar berhadapan banyak musuh dan juga wabak Black Death. Kuasa yang dialami Hugo amat menyeramkan, mampu mengawal dan kadang tidak terkawal jumlah tikus yang banyak, bukan tikus biasa ya tapi tikus brutal 🐭!! :D yang mampu membinasakan kota besar tetapi lemah pada hari siang atau pada cahaya yang terang.
Kerana masa yang padat dan main bila ada masa terluang, saya mampu menyelesaikan game ini dalam +/- 3 minggu. Pada keseluruhan 17 Chapter adalah sekitar 15 jam gameplay yang panjang. Grafik yang cantik dan design menarik, tetapi frame rate saya hanya mampu pergi sehingga 30 FPS, tetapi bagi saya tiada masalah untuk corak game yang perlahan dan bukan fast paced dan mungkin boleh UP lagi jika anda mempunyai PC yang power!. Dan terdapat beberapa puzzle yang mencabar minda yang kadang bikin pening :D.
Secara keseluruhannya.. kerana kualiti game yang sangat baik, saya tidak hairan ianya dicalonkan dalam anugerah The Game Awards 2022 bersama tajuk besar yang lain seperti Elden Ring, dan GOWR. Sangat disyorkan untuk kalian mencubanya, terdapat dimana mana platform PC, PS5, Xbox. Atau search je dalam YouTube, ramai youtubers share video full gameplay. Dari segi bahasa, keganasan, adegan ngeri, dll, saya tidak galakkan untuk kanak-kanak...
Terima kasih kepada rakan-rakan komuniti kerana sudi follow dan komen dalam thread ni. Enjoy! ❤️
Please sign in to leave a comment.
Comments
0 comments