INI RUMAH KITA..INI LIGA KITA🥅⚽🇲🇾🏆
✅Segalanya tentang bola sepak Malaysia🇲🇾
✅Jadual dan keputusan perlawanan.
✅Perkembangan terkini pemain dan pasukan kegemaran.
-
Piala Sumbangsih 2023 ( Perlawanan Pertama Liga Super 2023 )
🤝 ❤️💙 JDT vs Terengganu FC 🤍🖤
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim
🗓️ 24 Februari 2023
⌚ 9 Malam
Perlawanan Sumbangsih untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023:
i. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama bagi Pertandingan Liga Super. Pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super 2023.
ii. Perlawanan melibatkan Johor Darul Ta’zim (Juara Liga Super 2022) melawan Terengganu FC (Naib Juara Liga Super 2022) dan dijadualkan pada 24 Februari 2023.
iii. Venue perlawanan adalah di venue kelab juara Liga Super tahun 2022 iaitu venue Pasukan Tuan Rumah bagi Johor Darul Ta’zim.
-
Selamat bersara Safee Sali!
Bekas pemain Selangor, Safee Sali yang telah bermain bersama pasukan dari tahun 2007 hingga 2011 mengumumkan persaraannya pada hari ini.
Sepanjang karier bersama Selangor, Safee Sali telah mencetak sebanyak 68 gol dan telah memenangi Liga Super (2009, 2010), Piala FA (2009) dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (2009, 2010). Pencapaian paling manis Safee Sali sepanjang karier bersama pasukan Selangor adalah pada tahun 2009, di mana berjaya merangkul 3 piala pada tahun tersebut dengan menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.
Terima kasih Safee Sali! 🫡
-
JDT AKAN LANCARKAN PROJEK MEGA
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memulakan satu projek besar baharu bersama syarikat antarabangsa dan tokoh-tokoh terkenal dalam industri bola sepak global untuk memartabatkan lagi jenama Harimau Selatan.
Projek akan datang ini yang diilhamkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan mengembangkan lagi kelab dari segi aspek bola sepak dan jangkauan komersil. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber: JST
Please sign in to leave a comment.
Comments
94 comments