Tol Percuma 20 Dan 21 Jan Sempena TAHUN BAHARU CINA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan bersetuju untuk menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari 2023 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
-
Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada 18 Januari, rakyat Malaysia boleh menikmati tol percuma di Lebuhraya PLUS pada 20 Januari dan 21 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023.
Untuk menikmati tol percuma tersebut, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.
Bagi pengguna SmartTAG pula, anda boleh masuk dan keluar menggunakan lorong SmartTAG seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki kad Touch ‘n Go anda. Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki e-Wallet.
Please sign in to leave a comment.
Comments
5 comments